|
Di Hatiku...
Dengan wajah dan nafas baru pada tahun 2010 ini, TV9 telah berusaha memperbaiki kandungan intisarinya supaya ianya menjadi lebih padat dan mantap untuk para penonton setianya. Dalam peranannya menyajikan pelbagai rancangan yang menarik, menghiburkan, TV9 juga merupakan adalah stesen yang begitu prihatin dalam menghasilkan rancangan-rancangan terbaik berbentuk ilmiah dan keagamaan. Seperti sedia maklum, TV9 sudah sinonim dengan kekuatannya mendidik dan membentuk nilai budaya murni. Lebih istimewa, kita akan berusaha untuk menampil dan mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuan dan motivasi terbaik tanahair dan berpengalaman di bawah satu bumbung dalam melaksanakan menyampaian mesej yang inovatif, informatif, interaktif dan lebih penting menjanjikan input bermanfaat dan terbaik untuk tatapan penonton.
Sehubungan dengan itu, TV9 ingin berkongsi beberapa program TV9 yang terbaru dan diberi nafas baru untuk sajian para penonton iaitu Geng Bahasa Arab, Halaqah, Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz, Nasi Lemak Kopi O, Usrah, Akademi Al-Quran 4 (AQ4). Rancangan-rancangan ilmiah ini adalah satu tanggungjawab sosial TV9 yang pastinya dapat mendekatkan masyarakat Malaysia kepada pelbagai panduan berguna dan pendidikan Islam dalam era moden ini. Secara tidak langsung ia juga dapat menarik minat masyarakat bukan Islam untuk sama-sama mengenali nilai murni yang universal dalam ajaran Islam. Pada tahun ini, TV9 telah menerbitkan sebuah lagi rancangan ilmiah dan mendidik penonton menerusi Geng Bahasa Arab. Ini merupakan rancangan pertama seumpanya di Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan para penonton kita untuk mempelajari Bahasa Arab, tidak mengira usia, bangsa dan agama. Konsep rancangan ini juga telah dicipta supaya menjadi lebih menarik dan informatif serta mudah dipelajari.
Geng Bahasa Arab akan menemui penonton buat julung kalinya pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6.30 petang, bermula 13 Januari 2010. Geng Bahasa Arab ini dikendalikan oleh Ustazah Sarah Al-Jauhary yang merupakan seorang guru berlatarbelakangan JQAF (Jawi, Quran, Arab & Fardhu Ain) dan beliau juga turut terlibat secara langsung dalam sukatan pelajaran dan dalam penulisan buku teks bagi sekolah rendah. Selain daripada menjadi tuntutan kepada umat Islam, mempelajari Bahasa Arab amat penting untuk memperkasakan kefahaman tentang Islam dan sekaligus dalam penghayatan bacaan Al-Quran. Menerusi rancangan ini akan menyaksikan 6 pelajar yang berumur 7 ke 11 tahun mempelajari huruf, perkataan, nombor dan perbualan harian Bahasa Arab dengan lebih efektif. Ia juga memberi perspektif segar kepada semua lapisan masyarakat yang teruja untuk menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti menyeronokkan seperti menyanyi, berpuisi dan juga berlakon. Halaqah, sebuah lagi rancangan pendidikan yang berbentuk ilmiah khusus untuk santapan rohani penonton. Rancangan bual bicara agama yang menjadi pilihan utama penonton kini berwajah lebih segar & informatif. Ia lebih memberikan keseimbangan duniawi & ukhrawi penonton berasaskan nilai insan, iman & Islam.
Dengan slogan Akar Tradisi Ilmu, Halaqah bakal membawakan kelainan di mana topik-topiknya tahun ini akan lebih menjurus ke arah pembaharuan baru dalam mengukuhkan asas spiritual yang ada dalam penyucian diri sebagai seorang Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|