Masa: 
Sekarang di TV9:  Rancangan seterusnya: 
 
 
Menjelang Konsert Final - 1
Semakin hari semakin dekat dengan konsert akhir. Minggu ni konsert ke 10 - konsert showcase, minggu depan, dah konsert akhir akademi nasyid. Sebagai hos, saya rasa kehidupan saya dah sebati dengan akademi nasyid. dari awal pemilihan, ke konsert pertama sehingga minggu ni dah masuk konsert ke 10 bersama-sama dengan Akademi Nasyid. Akademi nasyid bukan sekadar jadi medan untuk mempertaruhkan bakat peserta2, akademi nasyid kini dah jadi satu famili, kuat sekali tarikan akademi nasyid.



Menjelang konsert final ni, pasti banyak perkara yang perlu diselesaikan. Saya sendiri dah hantarkan lagu untuk dipilih oleh komiti pemilihan lagu baru. Alhamdulillah, Aiman akan nyanyikan lagu saya - Dusta Berkalang (lirik oleh Fedtri Yahya) di konsert Final nanti. Tapi insyallah, saya tetap akan beri sama rata pada peserta lain, walaupun mereka akan nyanyikan lagu dari komposer lain, semestinya lagu-lagu tersebut memang bagus dan sesuai dengan pembawaan peserta2 yang lain.



Walaupun ramai yang hantarkan komen tidak berpuas hati kenapa peserta yang lain tidak terpilih untuk ke final, saya tetap katakan, ini semua soal rezeki. Ada yang mengatakan "ini semua politik"... erm, tentang hal politik atau tidak, ini semua tidak dapat saya jawab dengan tepat. pada saya, semua orang berpolitik. Apa pula prasangka orang yang terpilih?? Kalau kita percaya tentang soal rezeki, pasti isu ni tak timbul. Pada saya, dan melalui pengamatan saya dengan peserta akademi nasyid yang tidak terpilih, mereka semua menerima keputusan dengan lapang hati. kalau tak, mana mungkin Shah, Sofieya, Farhan dan ramai lagi masih datang ke rehearsal konsert AN...



Sebelum kita nak melangkah ke konsert final pada minggu depan, saya juga nak beri pandangan saya tentang komen ramai orang mengenai "kenapa artis bukan nasyid dijemput jadi tetamu di konsert AN". Pada saya, kita memang kena menjemput artis2 yang bukan dari genre nasyid - untuk menarik perhatian penonton2 yang bukan mendengar lagu2 nasyid untuk sama2 menonton akademi nasyid. kan bagus tu. tarikan yang ada pada diorang akan secara tidak langsung menarik peminat2 mereka untuk sama menonton.



Misalnya pada minggu ni, konsert showcase akan memanggil Andy Flop Poppy, Faizal AF4, Fazli Zainal, Dayangku Intan, Ijam My Star LG, Aris Ariwatan dan Man Bai sebagai artis jemputan. INsyallah, kalau ada peminat mereka yang mengikuti perkemabngan mereka, pasti diorang pun akan menonton sekali akademi nasyid. kan lagi bagus... pada saya, saya ambil sebagai positif, jangan kecikkan minda... :) tapi anyway terima kasih di atas cadangan dan pandangan pembaca2 blog semua.



Insyallah saya akan menulis beberapa siri tentang "Menjelang Konsert Final" untuk anda semua mengetahui perkembangan akademi nasyid sambil kita menghitung hari ke hari yang ditunggu2.



Jangan lupa undi peserta terbaik! AN (NAMA PESERTA) dan hantar ke 33399.



Wassalam, bertemu di siri kedua Menjelang Konsert Final.


  Posted by: Hafiz Hamidun at 12:43  | 0 komen  | pautan ke entri ini

ADVERTISEMENT
Kalender
<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
  1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31  
Pos Terdahulu
Menjelang Konsert Final - 1
Dusta Berkalang untuk Aiman di Final Akademi Nasyid
Akademi Nasyid : Konsert Kesembilan
Akademi Nasyid : Konsert Kelapan
Akademi Nasyid : Konsert Ketujuh
Akademi Nasyid : Prelude Konsert Ketujuh
Akademi Nasyid: Konsert Keenam
Akademi Nasyid: Konsert Kelima
Paintball bersama peserta Akademi Nasyid
Akademi Nasyid : Konsert Keempat
Arkib
August - 2008
July - 2008
June - 2008
Mengenai Kami Kerjaya Mengiklan Dengan Kami Peta Laman