Pegawai Bank Mati Ditembak Pengawal Keselamatan

24 Oct 2013, 12:45pm by Syuhada Rais



Pengalaman bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan dan sering menggantikan rakannya menjaga bank beberapa kali dipercayai taktik seorang pengawal keselamatan, Ardi Hamza untuk merompak bank.
 
Dia masih diburu selepas suspek menembak mati seorang Pengawai Operasi Ambank, Jalan U-S-J Sentral Dua, Subang Jaya di kepalanya semalam.
 
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata suspek  menggunakan kad pengenalan palsu yang beralamat di Jalan Apas, Tawau.

Sehubungan itu pihak polis bekerjasama dengan jabatan pendaftaran negara j-p-n bagi melakukan siasatan lanjut atau kemungkinan ardi adalah warga asing.

Menurutnya jenayah yang dilakukan saspek bukan jenayah terancang tetapi mencari peluang.

Dalam kejadian jam 6.18 petang semalam suspek mengiringi empat pegawai bank termasuk mangsa Norazita Abu Talib menyimpan sejumlah wang di dalam bilik kebal.
 
Allahyarham Norazita maut di tempat kejadian.
 
Menurut Datuk Abdul Rahim suspek berusia 37 tahun  melarikan diri bersama sejumlah wang menaiki motosikal.