• Register

Events

Bubur Lambuk Di Hatiku bersama Datuk Chef Wan

Sebut sahaja bubur lambuk, pasti ramai yang akan kaitkan dengan juada berbuka puasa. TV9 juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyediakan bubur lambuk untuk disumbangkan kepada tiga buah kampung yang terletak di negeri Kelantan, Perak dan Kedah. Malahan ianya merupakan aktiviti tahunan TV9 sejak 5 tahun yang lalu.

Agihan bubur lambuk ini merupakan tradisi TV9 setiap kali menjelangnya Ramadan. Sekali lagi, TV9 amat bertuah apabila Ayamas di bawah naungan KFC Marketing berbesar hati untuk menaja buat kali keduanya program bubur lambuk TV9 yang diberi nama ‘Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan’. Semestinya kehadiran duta Ayamas ini iaitu Datuk Chef Wan berjaya menambahkan lagi keceriaan acara ini.

Lokasi pertama bubur lambuk ini adalah pada 5 Ogos, bertempat di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Program ini akan bermula pada jam 2.00 petang menyaksikan masyarakat kampung bergotong-royong bersama selebriti yang dibawakan khas untuk acara ini iaitu Danny X-Factor dan penyampai Berita TV9 Zuhairah Mustafa Al-Husin.

Bubur lambuk istimewa hasil air tangan Datuk Chef Wan ini diagihkan kepada penduduk kampung dan juga dihantar ke rumah wargamas Kampung Tendong. Selain daripada menyediakan 1,000 bungkus bubur lambuk, Datuk Chef Wan juga turut menyediakan bubur lambuk siam menggunakan resipi istimewanya menggunakan produk Ayamas.

‘Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan’ ini dianjurkan sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh penonton TV9 dan juga pembeli setia produk Ayamas. Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai juga telah membawa kejayaan kepada Aayamas menerusi produk ‘Satay Ayamas dengan Kuah Kacang’ yang telah dianugerahkan sebagai ‘Product innovation Platinum Award 2011’ Malaysian Institute of Food Technology baru-baru ini.

Penjelajahan Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan ini akan diteruskan ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada 8 Ogos dan Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah pada 11 Ogos nanti.

Nantikan kehadiran kami di sana.

Back
 

Related Topics

  • Tampil Anggun Bersama Safiyya!

    Kepada remaja perempuan yang ingin kelihatan anggun dan menukar ketrampilan diri mengikut peredaran masa, Safiyya adalah program yang paling sesuai.

    Read more...
  • Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

    Setelah tamatnya drama "Karma", kini slot Ratu TV9 menyusul dengan drama terbaru "Ariana Mikhail" dan dijangka akan turut mendapat tempat

    Read more...
  • Sorakan Bola Bergema Di TV9

    TV9 (Saluran 119) membuka lembaran tahun 2012 dengan majlis pelancaran program bual bicara sukan bola sepak, Kaki Bola, pagi tadi.

    Read more...
  • Showcase IK4 Meriah Di SACC Mall

    Peminat Idola Kecil 4 kini berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat peserta-peserta cilik Idola Kecil 4 di SACC Mall menerusi

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement