• Register

Events

Dari Pasir Mas, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor Setar

Setelah menjelajah ke Pasir Mas, Kelantan, kini ‘Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan’ yang dibawakan khas oleh TV9 dan Ayamas ini meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Kangsar, Perak. Kali ini Datuk Chef Wan akan berkonsgsi pula resipi istimewa bubur lambuknya bersama peminat setia beliau yang berada di Kampung Kota Lama.

Setiap kali menjelangnya Ramadan, aktiviti masak bubur lambuk antara selebriti TV9 dan penduduk kampung terpilih merupakan aktiviti tahunan stesen Nombor Dua Negara ini, sejak 5 tahun yang lalu. Tahun ini, TV9 amat bertuah apabila Ayamas di bawah naungan KFC Marketing berbesar hati untuk menaja buat kali keduanya program bubur lambuk yang diberi nama ‘Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan’. Semestinya kehadiran duta Ayamas ini iaitu Datuk Chef Wan berjaya menambahkan lagi keceriaan acara ini.

Lokasi pertama bubur lambuk ini adalah pada 5 Ogos lalu, bertempat di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Di Kampung Kota Lama ini pula, dua selebriti TV9 iaitu Munir dan Danny X-Factor akan bersama-sama dengan Datuk Chef Wan menceriakan suasana gotong-royong menyediakan bubur lambuk yang bermula jam 2.00 petang.

Seperti di Pasir Mas, Datuk Chef Wan juga akan berkongsi resipi istimewanya iaitu ‘Bubur Lambuk Siam’ bersama penduduk Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar dan juga ketika berada di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah kelak. Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk disediakan khas buat penduduk setempat, sementara 100 bungkus pula adalah menerusi resipi istimewa bubur lambuk siam.

‘Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan’ ini dianjurkan sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh penonton TV9 dan juga pembeli setia produk Ayamas. Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai juga telah membawa kejayaan kepada Ayamas menerusi produk ‘Satay Ayamas dengan Kuah Kacang’ yang telah dianugerahkan sebagai ‘Product innovation Platinum Award 2011’ Malaysian Institute of Food Technology baru-baru ini.

Penjelajahan Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan ini berakhir di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah pada 11 Ogos.

Nantikan kehadiran kami di lokasi-lokasi ini.

Back
 

Related Topics

  • Konflik BUKAN UNTUKMU tiba ke penghujungnya

    Hukum agama dipandang ringan oleh Iskandar demi mendapatkan kembali bekas isterinya, Nadia. Walaupun pelbagai rancangan yang diusahakan tidak berjaya, Iskandar

    Read more...
  • Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

    Setelah tamatnya drama "Karma", kini slot Ratu TV9 menyusul dengan drama terbaru "Ariana Mikhail" dan dijangka akan turut mendapat tempat

    Read more...
  • Ketuhanan dan Motivasi Tema Istimewa Konsert Kedua Idola Kecil 4

    Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu konsert kedua pula. Minggu ini, hanya tinggal

    Read more...
  • Idola Kecil 4 - Pencarian Bakat Idola Kecil 4 Kini Bermula!

    Masa yang dinanti-nanti kini sudah tiba di mana TV9 memulakan penjelajahan untuk mencari bakat baru Idola Kecil Musim Keempat (IK4).

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement