Events
Ekspresi Remaja Menutup Tirai 2011
Ekspresi Remaja anjuran stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119) meneruskan penjelajahan ke institusi pengajian tinggi awam dengan pemilihan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam sebagai lokasi ketiga dan penutup untuk tahun 2011. Penganjuran program ini sinonim dengan inisiatif TV9 pada tahun ini, iaitu untuk memberikan pendedahan dan platform kepada para remaja untuk mengekspresikan diri melalui muzik dan aktiviti sihat seperti keusahawanan dan ilmiah.
Berlainan dengan dua lokasi yang lalu, Ekspresi Remaja di UiTM telah diadakan selama dua hari iaitu pada 2 & 3 Disember bertempat di Perkarangan Dewan Sri Budiman. Ekspresi Remaja membuka tirai pada 2 Disember pada pukul 3.00 petang, dengan penganjuran karnival yang menampilkan gerai-gerai aktiviti dan gerai-gerai jualan ekslusif untuk pelajar-pelajar universiti. Program berunsur remaja di TV9, iaitu Remaja dan Safiyya, krew publisiti Kawan 9 serta gerai Tonton berinteraksi bersama pelajar-pelajar universiti melalui pelbagai aktiviti yang menjadi trend masa kini seperti cabaran ala Fear Factor, pencarian model Safiyya, pertunjukan fesyen dan pertandingan Guitar Hero.
Pada masa yang sama, TV9 turut memainkan peranan dalam merintis bakat pelajar universiti melalui pencarian bakat Jam Session yang menawarkan insentif RM 1,500 kepada kumpulan yang bergelar juara. Ekspresi Remaja juga memberi platform kepada usahawan remaja untuk berniaga melalui Flea Market. Karnival yang berakhir pada 6.30 petang ini turut diserikan dengan penampilan istimewa personaliti TV9 iaitu E-One, Deqwan & Azura (Remaja), Aida & Hafiz (Hip TV) Faralyna & Lydia Ibtisam (Chopp!) dan persembahan daripada kumpulan Forteen, Ika Mentor dan Chomel Fana.
Ekspresi Remaja diteruskan dengan Konsert Ekspresi Muzik bermula pada pukul 8.00 malam di Dewan Sri Budiman dengan persembahan oleh kumpulan Oh Chentaku, Hujan dan Bunkface. Hasil jualan tiket konsert yang berharga RM5.00 sekeping akan disalurkan ke tabung universiti.
Program hari kedua pula bercorak ilmiah dengan penganjuran seminar yang dihadiri seramai 600 pelajar universiti tempatan seluruh Malaysia. Seminar berunsur kepimpinan yang bermula pada 10.00pagi hingga 5.00petang ini diterajui oleh:
Program dua hari yang menggabungkan elemen muzik dan ilmiah ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan ditaja bersama SG Men dan dijayakan bersama pelajar-pelajar dari Kelab Fasilitator Pelajar di universiti tersebut. Sebelum ini, Ekspresi Remaja juga telah dianjurkan di Management and Science University, Shah Alam (MSU) dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

total: 0 | displaying: 0