Events
Karnival Upin & Ipin (Perak)
Upin & Ipin kini kembali dengan lebih keriangan dan keseronokan! Karnival ICT Perak bersama-sama dengan Les Copaque kini membawakan kepada anda Karnival Upin Ipin akan diadakan secara besar-besaran di:
TEMPAT: STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK.
TARIKH: 3 hingga 5 Jun 2011
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan pada hari tersebut adalah seperti perarakan watak animasi, replika saiz sebenar rumah saiz opah, ‘inflatable dome’ terbesar dan penampilan istimewa maskot semua watak Upin & Ipin!
Turut hadir untuk memeriahkan acara ini adalah Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, yang akan merasmikan Karnival ini pada pagi 4 Jun 2011 sejurus selepas perarakan watak animasi. Dilampirkan adalah aturcara Karnival ini untuk rujukan semua. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Sha Dila di talian 03-79527999(samb 9032) atau Elaine Tan (samb 9029).

total: 0 | displaying: 0