• Register

Events

Showcase IK4 Meriah Di SACC Mall

Peminat Idola Kecil 4 kini berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat peserta-peserta cilik Idola Kecil 4 di SACC Mall menerusi showcase atau mini konsert yang diadakan di sini dari jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang ini. Showcase IK4 istimewa ini adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kami kepada peminat setia program Idola Kecil Musim Keempat.

Idola Kecil 4 yang telah memasuki episod kelima ini mempunyai peminat setianya yang tersendiri dan ini dapat dibuktikan menerusi konsert ketiga di mana program realiti hiburan kanak-kanak No 1 Malaysia ini berjaya meraih 1.3 juta penonton. Idola Kecil 4 ini disiarkan menerusi stesen No. 2 Negara, TV9, pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 5 November lalu.

Keseronokan Showcase IK4 bermula dengan permainan atau gameshow oleh pihak krew TV9 dan diselang-selikan dengan soalan-soalan kuiz. Pelbagai hadiah menarik dan ekslusif turut disediakan kepada sesiapa yang menyertai aktiviti di pentas utama. Acara kemuncak showcase IK4 bermula apabila para peserta Idola Kecil 4 menghiburkan pengunjung semua dengan suara emas yang mereka miliki. Setiap daripada para peserta ini mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri dan pastinya pengunjung yang hadir akan terhibur dengan persembahan mantap daripada setiap peserta nanti.

Untuk menambahkan lagi kemeriahan showcase ini, pengunjung juga berpeluang untuk bermesra dan bergambar bersama pelakon-pelakon yang kian popular masa kini iaitu Afiq Muiz, Erin Malik dan Izzue Islam. Ketiga-tiga mereka bakal menyerikan lagi slot Aurora TV9 berjudul Aishiteru pada setiap Khamis, jam 8.30 malam bermula pada 8 Disember ini.

Bagi penonton setia TV9, khususnya peminat Idola Kecil 4, inilah masanya untuk anda menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di samping bergambar kenangan dengan mereka. Bagi yang belum menonton Idola Kecil 4, pastikan anda membuat temu janji anda bersama kami pada setiap Sabtu jam 9.00 malam hanya menerusi TV9, saluran Di Hatiku (Astro 119) yang bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam.

Kepada yang ingin mengikuti maklumat terkini berkaitan IK4 serta aktiviti-aktviti yang dijalankan oleh peserta-peserta ini, layari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil4 atau facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4.Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK4 menerusi Geng Radio IK4 iaitu Hot FM.

Pastinya, Hidup Penuh Semangat!

Back
 

Related Topics

  • Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

    Setelah tamatnya drama "Karma", kini slot Ratu TV9 menyusul dengan drama terbaru "Ariana Mikhail" dan dijangka akan turut mendapat tempat

    Read more...
  • Sorakan Bola Bergema Di TV9

    TV9 (Saluran 119) membuka lembaran tahun 2012 dengan majlis pelancaran program bual bicara sukan bola sepak, Kaki Bola, pagi tadi.

    Read more...
  • 12 Bintang Bersinar Di Konsert Pengenalan Idola Kecil 4

    Program realiti kanak-kanak nombor satu negara, Idola Kecil 4 (IK4) kini bermula dengan debaran dan keterujaan konsert pertama. Persaingan sengit

    Read more...
  • Skrin Di 9: Antara Dua

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement