Acara

Sua Rasa Kedah

Personaliti dan Warga Kerja TV9 Hangatkan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah!

Alor Setar, 4 & 5 Jun 2010 – Setelah sambutan yang amat memberangsangkan di Plaza Angsana, Johor pada bulan Mei yang lalu, Sua Rasa TV9 kini kembali lagi menceriakan hujung minggu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Ini merupakan Karnival Sua Rasa TV9 ketiga yang dijalankan pada tahun ini dan ia ditaja khas oleh Celcom dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun untuk setiap khemah untuk memastikan semua yang hadir menjadikannya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Turut serta untuk menyemarakkan lagi suasana pada hujung minggu tersebut adalah selebriti terkenal tanah air dan personaliti TV9 seperti Mawi, Nash, Tomok, Alif Satar, Azzam IK2, Arill IK2, Intan Ladyana, UNIC, Khairul Shafek, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam, Sharifah Nur, Farah Deeba, Anne Hotfm dan Syed Mohd Khair. Pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan bertemu dengan artis-artis kegemaran mereka.

Terdapat pelbagai khemah yang akan didirikan di padang Plaza Angsana di antaranya adalah khemah TV9, Celcom, Halaqah, Adik di 9, Warna-Warni Sua Rasa, Pepsi, Inter College, Milo, Nestle, Khee San, A&W, Uda dan Tan Chong. Bagi khemah TV9, aktiviti sukan seperti Senamria, Poco-Poco dan aktiviti istimewa sempena World Cup 2010 iaitu Return to South Africa bersama artis TV9 akan dijalankan pada sebelah pagi diikuti dengan aktiviti Riuh-Rendah bersama Anne Hotfm dan Lydia Ibtisam. Selepas itu, para pengunjung boleh menyertai aktiviti membungkus nasi lemak dan ikat tudung khas yang akan dikendalikan oleh Sharifah Nur dan Farah Deeba dari rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Bagi sesiapa yang meminati fesyen dan kecantikan diri, aktiviti ‘I-Glam Dirimu’ akan diadakan untuk menguji kreativiti dan pengetahuan mereka tentang fesyen moden terkini. Fenomena Idola Kecil 2 masih lagi belum pudar dan hari akan bertambah hangat dengan Sesi Karaoke yang akan diadili sendiri oleh Azzam dan Arill dari Idola Kecil 2! Bukan itu sahaja, yang menghadirkan diri juga dapat beramah mesra dengan Alif Satar sambil menyertai pertandingan ‘Teka Bola Bersama Alif Satar’ bersama-samanya pada hari tersebut. “Demam bola” ini akan diteruskan dengan perlawanan futsal bersama kumpulan Kawan 9 dan artis-artis jemputan.

Selain khemah TV9, khemah Halaqah juga sudah dibariskan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran “Perjalanan Menuju Rohaniah” yang mengimbas kembali sejarah silam rakyat Malaysia ketika menunaikan Fardhu Haji ketika menaiki kapal laut. Antara barang-barang yang akan dipamerkan adalah gambar-gambar lama jemaah, peti Sahara yang digunakan oleh musafir pada zaman dahulu serta visa/permit Haji yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji di Tanah Melayu.

Selepas solat Isya’ pula, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff bersama-sama penalis jemputan, Mantan Mufti Kedah, Y.Bhg. Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim, dan Pengarah Jabatan Perhubungan Awam, Kolej Universiti Insaniah, Ustaz Muhammad Azki Hafizi Ibrahim akan mengupas topik “Saudara Lama” untuk program Halaqah khas untuk para pengunjung dan penonton setia TV9.Topik “Saudara Lama” adalah mengenai kehadiran mereka yang memeluk agama Islam, mereka sering dipanggil sebagai ‘saudara lama’. Mereka lazimnya bersungguh-sungguh mendalami seluk-belok hukum-hukum agama Islam, agar mereka akan dapat benar-benar memahami serta hidup sebagai seorang Islam yang diredhai Allah s.w.t.

Topik ini mengajak para penonton melihat kembali orang-orang Islam yang telah lahir sebagai seorang Islam tanpa perlu berusah-payah. Tidak ada perjuangan yang getir, tidak ada usaha yang keras dan paling kita khuatirkan nanti wujudnya sikap dan pemikiran agar tidak perlu lagi bersungguh-sungguh dalam mendalami hukum-hakam agama. Halaqah kali ini mengajak golongan ‘saudara lama’ merenungi dengan sejujurnya nilai hidup sebagai seorang Islam sejak kelahiran mereka serta apakah mereka telah melepasi standard piawaian Islam seperti yang diharapkan?
Satu konsert Rentak Sua Rasa akan diadakan pada 4 Jun, jam 8 malam dengan persembahan menggemparkan dari Mawi, Tomok, UNIC, Nash, Azzam IK2, Arill IK2 dan diacarakan oleh Alif Satar. Kesemua acara dan aktiviti yang dijalankan di Karnival Sua Rasa dapat disaksikan oleh penonton di rumah menerusi rancangan Warna-Warni Sua Rasa yang akan ditayangkan di TV9 pada pukul 8 pagi (4 & 5 Jun) serta berita terkini karnival ini boleh disaksikan menerusi Terkini di Sua Rasa pada dua hari tersebut.

Untuk lokasi seterusnya, Karnival Sua Rasa akan menjelajah pula ke:
    - Kota Bharu, Kelantan                     2 & 3 Julai 2010
    - Ayer Keroh, Melaka                       7 & 8 Ogos 2010
    - Kuala Terengganu,Terengganu     8 & 9 Oktober 2010
    - Seberang Jaya, Pulau Pinang        6 & 7 November 2010

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kami pada tahun lalu, datanglah beramai-ramai dengan membawa keluarga untuk bersantai dan berhibur di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah dari 4 hingga 5 Jun 2010!

Back
 

Related Topics

  • Karinival Sua Rasa TV9 Terengganu 2010

    Kuala Terengganu, 8 & 9 Oktober 2010 – Karnival Sua Rasa TV9 kini kembali lagi menggemparkan hujung minggu di Pulau

    Read more...
 
7 Comments posted
  • avatar
    2010-09-03 10:14:26

    farikhikram

    wow sua rasa lah!

  • avatar
    2010-09-03 10:14:27

    farikhikram

    wow sua rasa lah!

  • avatar
    2010-09-03 10:14:28

    farikhikram

    wow sua rasa lah!

  • avatar
    2010-09-03 11:57:51

    sucheese

    Test

  • avatar
    2010-09-15 12:31:16

    tv9tester2

    tv9tester2 test comment.

  • avatar
    2010-09-15 13:09:20

    tv9tester1

    tv9tester1 test comment.

  • avatar
    2011-09-06 22:14:44

    php8914

    sempoi

    total: 7 | displaying: 1 - 7

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement