• Register

Press Releases

12 Bintang Bersinar Di Konsert Pengenalan Idola Kecil 4

Program realiti kanak-kanak nombor satu negara, Idola Kecil 4 (IK4) kini bermula dengan debaran dan keterujaan konsert pertama. Persaingan sengit dari 12 bintang bersinar yang beraksi ternyata membawa debar dan rasa teruja kepada para juri dan juga penonton. Dengan latihan dan persiapan rapi yang telah dibuat, kesemua peserta Idola Kecil 4 telah bersiap-sedia untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat-peminat setia rancangan realiti ini.

Setelah menjalani sesi saringan dan Bootcamp di Port Dickson baru-baru ini, akhirnya 12 peserta terbaik telah terpilih untuk mengikuti program Idola Kecil ini berbanding dengan tahun lepas yang hanya menyaksikan 10 peserta berentap di pentas Idola Kecil.

Uniknya untuk musim keempat ini adalah terdapat beberapa peserta yang mahir bermain alat muzik seperti piano dan gitar.

Pada episod pertama IK4 yang telah pun bermula pada 5 November lalu, 12 peserta ini telah dikejutkan oleh krew penerbitan IK4 yang telah ke rumah-rumah peserta terpilih untuk memberitahu tentang berita gembira tersebut. Pelbagai reaksi dapat disaksikan apabila ada yang melompat kegembiraan dan tidak kurang juga menangis kegembiraan. Jika ada yang terlepas untuk menyaksikan episod pertama ini, anda boleh menonton ulangannya di www.tonton.com.my.

 

Bagi musim keempat ini, Alif Satar masih kekal sebagai pengacaranya manakala Atilia pula diberi tanggungjawab yang lebih berat sebagai penasihat persembahan untuk kesemua peserta. Segala nasihat bernas oleh penyanyi popular ini akan diserap oleh para peserta supaya mereka mendapat lebih semangat untuk membuat persembahan yang terbaik. Sementara itu, tiga tenaga pengajar berpengalaman yang telah banyak berjasa kepada program ini juga akan terus menabur bakti mereka bagi musim keempat ini iaitu Cikgu Alfa Booty (Komposer/Guru Muzik), Cikgu Delly (Guru Vokal) dan Cikgu Affizal (Guru Tarian).

Back
 

Related Topics

  • Kaki Emas Ep 12

    Read more...
  • Referee Ahmad Kayu Ep 12

    Read more...
  • ICE AGE 4: Continental Drift (3D)

    Synopsis Scrat’s nutty pursuit of the cursed acorn, which he’s been after since the dawn of time, has world- changing consequences

    Read more...
  • Kaki Emas Ep 4

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement