Press Releases

Cinta Fitri

Cinta pilihan sendiri atau pilihan keluarga yang akan membawa bahagia? Itulah yang bakal dirungkapkan menerusi CINTA FITRI, drama seberang yang bakal ditayangkan di TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengahari bermula 9 Mei ini. Drama ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan sehingga dipanjangkan sehingga ke tujuh musim ini pernah menerima Anugerah Gobel Panasonic bagi tahun 2010 dan 2011.

Pelakon-pelakon terkenal yang membintangi Cinta Fitri ini semuanya yang hebat dan diiktirafkan di dalam Anugerah SCTV 2010; Teuku Wishu (Pelakon Lelaki Terbaik), Adly Fairus (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik), Shireen Sungkar (Pelakon Wanita Terbaik) dan Dinda Kanya Dewi (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik). Pelbagai Anugerah yang diterima menerusi drama dan juga barisan pelakon ini sememangnya menguatkan lagi bahawa ianya merupakan drama bersiri yang mempunyai jalan penceritaan yang menrik dan merupakan salah satu drama bersiri yang “mesti tonton” di TV9.

Cinta Fitri bermula dengan kehidupan seorang anak gadis bernama Fitri lakonan Shireen Sungkar yang baik hati dan dibesarkan oleh makciknya sejak kecil kerana ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Fitri mempunyai kekasih bernama Firman dan tinggal di Jakarta. Suatu hari, Fitri telah berangkat ke Jakarta untuk bertemu dengan bakal keluarga mertuanya. Kegembiraan yang diimpikan selama ini bertukar menjadi mimpi ngeri buat Fitri kerana setibanya di rumah Firman, Fitri disambut dengan kedukaan dan kekecewaan apabila melihat kubur Firman.
Fitri perlu tabah menghadapi segalanya tanpa bakal suami yang sepatutnya dikahwini. Fitri ingin mencari kerja di Jakarta kerana tidak mahu membuatkan makciknya berasa sedih. Nasib tidak menyebelahinya apabila duitnya dicuri ketika berada di terminal bas. Fitri berusaha mencari pekerjaan bagi menampung kehidupannya di kota besar itu. Akhirnya dia bekerja di sebuah warung nasi soto milik Maya.

Maya merupakan anak hartawan yang dihalau dari rumah akibat mengahwini suaminya Bram, seorang lelaki yang miskin. Hutama, bapa kepada Maya tidak merestui perkahwinan mereka. Pada masa yang sama, Moza yang juga merupakan anak orang kaya telah dijodohkan dengan Farrel tetapi Farrel tidak mempunyai hati terhadap Moza kerana telah kecewa ditinggalkan kekasihnya yang belajar di luar negara iaitu Mischa. Sejak ketiadaan Mischa, Farrel telah jatuh hati dengan Fitri namun hubungan mereka sentiasa diganggu oleh Moza.

Hubungan cinta Fitri dan Farrel begitu kukuh sehingga berjaya membuatkan Moza tersingkir di dalam hidup Farrel. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Mischa, bekas teman wanita Farrel muncul. Ini membuatkan Farrel menjadi semakin keliru dan berbelah bahagi kerana Farrel menyayangi kedua-duanya. Apakah keputusan yang bakal diambil oleh Farrel? Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa untuk menyaksikan CINTA FITRI yang bakal disiarkan menerusi TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengahari bermula 9 Mei ini.

Back
 

Related Topics

  • SIRRUN: Anzalna Nasir & Zarina Zainoordin rebut cinta Beto Kusyairy

    Pasti ramai akan tertanya-tanya tentang maksud tajuk drama terbaru TV9 iaitu Sirrun yang bakal disiarkan pada 7 Ogos ini, setiap

    Read more...
  • Perbalahan Cinta di antara Ibu dan Anak

    Slot Aurora di TV9 berterusan dengan drama bersiri terbaru bertajuk Citra Juwita yang menggantikan Friday I’m In Love pada setiap

    Read more...
  • Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

    Setelah tamatnya drama "Karma", kini slot Ratu TV9 menyusul dengan drama terbaru "Ariana Mikhail" dan dijangka akan turut mendapat tempat

    Read more...
  • Keimanan Cinta

    Rahsia Ilahi tiada siapa yang tahu. Begitu juga dengan jodoh, ajal dan maut seseorang memang tidak dirancang tetapi semuanya adalah

    Read more...
 
11 Comments posted
  • avatar
    2011-05-13 01:14:53

    isha94

    saya tak dapat menonton di tv9.jadi mane saya boleh lihat drama ni

  • avatar
    2011-05-15 12:38:39

    username

    saya pon xdapat tgk tv9..tlg ye gtaw mcm mna nk tgk online cte ini

  • avatar
    2011-05-15 17:23:45

    mierras

    cite nie mmng best sgt2...kat indon pcah rekod snetron pling pnjang smpai 7 season=1003 episode.... sy pn dh tgk smpai season 7....layan la, x rugi kot...

  • avatar
    2011-05-24 12:46:44

    norzanariahramli

    cerita nie memang tersangatlah best, saya dah tonton full 7 season, dan tolonglah diubah waktu siaran cerita nie supaya ramai lagi oenonton yg boleh tengok cite nie, dan saya harap, saya pun dapat tengok lagi cerita nie sekali lagi.....=)

  • avatar
    2011-06-26 18:44:54

    K_Akmal

    Kenapa tak tukar waktu tayang, pasti ramai yang menonton pada pukul 10.00, contohnya, kalau kesesakan pukul 10.00 malam boleh nonton

  • avatar
    2011-06-26 22:26:16

    K_Akmal

    Kami yang belajar sampai pukul 2.00 petang, dah tak boleh tengok kecuali hari cuti seluruh Malaysia........ Tolong faham situasi kami...... Tolonglah........ cerita itu sungguh lucu, sedih, saspen, dan menarik sebab boleh lanjut sampai musim ke 7......... Tolonglah faham.... kalau peduli rakyat, tolonglah...... TV9..................................

  • avatar
    2011-10-02 22:06:15

    amil260791

    omg....mcm ne nk view cite nie yea...mak aku suke sgt cite nie...sampai aku pown terjebak same..

  • avatar
    2011-10-02 22:06:16

    amil260791

    omg....mcm ne nk view cite nie yea...mak aku suke sgt cite nie...sampai aku pown terjebak same..

  • avatar
    2011-10-12 01:39:57

    wqy

    cmner nk tgk citer nie,,lucu sgt

  • avatar
    2012-01-19 12:16:22

    eqlima

    knpe kat cni xblh nak tgk....nak sgt tgk crte nie best sgt.... AskTonton: Hi, kalau ada masalah, boleh email kpd kami di contactus@altmedia.my atau facebook.com/AskTonton atau twitter.com/AskTonton. TQ

  • next

    total: 11 | displaying: 1 - 10

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement