Press Releases

Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix 2012

Pameran unik kereta Formula 1 dibawa PETRONAS memulakan demam Grand Prix Sebagai salah satu daripada aktiviti promosi untuk Formula 1 2012 dan Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix 2012 yang akan berlangsung tidak lama lagi, PETRONAS Motorsports minggu lalu telah memulakan aktiviti promosinya dengan mempamerkan kereta Formula One di lobi Dewan Filharmonik PETRONAS.

Selari dengan konsep korporat PETRONAS “Reimagining Energy”, projek ini diharap dapat menunjukkan penglibatan dan komitmen berterusan PETRONAS dalam Formula 1 melalui pameran kereta Formula 1 tersebut.

Pameran unik tersebut yang dinamakan PETRONAS Suspended Formula 1 Cars, akan berada di lobi dewan konsert sewaktu musim Formula 1 2012 berlangsung.

Pertunjukan tersebut merupakan permulaan kempen promosi dan komunikasi PETRONAS untuk musim Formula 1 2012. Projek ini antara salah satu aktiviti “on-ground” yang berlansung di beberapa lokasi terpilih dalam Menara Berkembar PETRONAS dan kawasan sekitarnya untuk mempromosikan Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix 2012 yang akan berlangsung pada bulan Mac ini.

Sementara itu, berikutan kejayaan kempen TV “Formula 1™ for everyone” yang telah memenangi anugerah pada 2011, PETRONAS Motorsports akan menayangkan sambungannya pada pertengahan Mac ini diikuti dengan kempen on-air dan juga secara dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh PETRONAS Motorsports pada musim ini terutamanya Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix 2012, sila layari www.petmos.com.my atau ikuti perkembangan kami di Twitter www.twitter.com/PET_Motorsports (anda juga boleh menggunakan hashtag #PMGP12 dalam enjin carian Twitter). Selain itu anda juga boleh mendapatkan perkembangan terkini di PETRONAS Motorsports Facebook di www.facebook.com/PETRONASMOTORSPORTS

Showcase Formula One™ PETRONAS Malaysia Grand Prix 2012

Bersempena dengan PETRONAS Malaysia Grand Prix yang akan berlangsung pada 23 – 25 Mac ini, PETRONAS Motorsports akan menganjurkan Showcase 2012 Formula One™ PETRONAS Grand Prix bertempat di Concourse Kuala Lumpur City Centre dari 17 sehingga 25 Mac ini. Terdapat pelbagai aktiviti harian, pameran dan persembahan.

Mari bersama-sama memeriahkan acara ini.


TARIKH AKTIVITI / PROGRAM

17 – 25 Mac
(Sabtu - Ahad)

Booth Cenderahati PETRONAS Motorsports

  • Cenderahati eksklusif 2012 PETRONAS Motorsports
  • Cenderahati eksklusif 2012 Formula One PETRONAS Malaysia Grand Prix
  • Cenderahati Pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula One

Pertunjukan PETRONAS

  • Pertunjukan kereta lumba rasmi MERCEDES AMG PETRONAS Formula One™ W03 2012

PETRONAS Dagangan Berhad

  • Pameran Produk & Pusat Pertanyaan

Sesi Interaktif

  • Sesi kuiz/trivia harian
  • Permainan
  • Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi

PETRONAS Motorsports – Speed of Sound
Pengunjung boleh menyertai permainan Speed of Sound dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan.

Mercedes Merchandising Booth

  • Pertunjukan kereta
    • Mercedes Benz SLS AMG Roadster dari 17 – 22 March 2012
    • Mercedes Benz CLS 350 dari 23 – 25 March 2012
17 Mac 2012
(Sabtu)

Previu Kostum Gadis Litar

  • Previu Gadis Litar Formula One PETRONAS Malaysia Grand Prix 2012 oleh Bill Keith
21 Mac 2012
(Rabu)

Sesi Ramah Mesra (Meet & Greet)

  • Sesi Ramah Mesra bersama pemandu pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula One, Michael Schumacher & Nico Rosberg


* Semua keterangan acara di atas tertakluk pada perubahan.

 


 


 

Back
 

Related Topics

  • 2012 Yang Lebih Hebat

    Beralih ke 2012, pembaharuan demi pembaharuan dilakukan oleh stesen kedua Negara, TV9, bagi memastikan kepuasan penonton setianya. Pembaharuan yang dimaksudkan

    Read more...
  • PETRONAS Saya Suka Malaysia

    What makes Malaysia Malaysia? What do Malaysians love about their country?Is it the nasi lemak? Mum’s home cooking? The wonderful

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement