Press Releases

Halaqah Sentuhan Qalbu

Menyentuh Kecerdasan Intelektual, Emosi & Kerohanian

Shah Alam, 24 Mei 2010 – Dunia semakin maju, moden dan serba canggih, namun adakah akhlak kita sebagai manusia juga setinggi tahap itu? Kelekaan kita mengejar kemewahan duniawi telah menyebabkan kita kadang-kadang lalai untuk mengimbangi antara ilmu dunia dan akhirat. Lebih menyedihkan kini, pelbagai masalah sosial telah berlaku dengan berleluasanya.

Gejala sosial ini amat membimbangkan dan sebagai stesen yang prihatin di dalam perkara ini, TV9 akan menyiarkan Halaqah dengan musim baru bertemakan Sentuhan Qalbu. Rancangan yang mendidik jiwa ini akan menyentuh tentang kehidupan kita di muka bumi Allah SWT ini. Antara persoalan yang akan dirungkaikan adalah tentang mengapa kita dicipta ? apa peranan kita di pentas dunia ini? Hala tuju kehidupan dan seterusnya adakah kita sudah bersedia untuk “dijemput pulang”?

Apa yang pasti, Halaqah : Sentuhan Qalbu yang bakal disiarkan pada setiap Selasa, jam 10.00 malam bermula 15 Jun 2010 pastinya menusuk kalbu penonton dan rasai 13 episod yang mengupaskan tentang topik-topik menyentuh tentang kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan pencerahan kerohanian supaya sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT dan akhirnya mampu merubah kehidupan seseorang kepada nilai-nilai lebih positif.

Topik Halaqah : Sentuhan Qalbu akan dimulakan dengan topik “Dicipta” dan diakhiri dengan “Kita Pulang” pastinya memberi kesan yang mendalam kepada penonton semua. Tokoh-tokoh agama, dan pendakwah berpengalaman dipilih sebagai ahli panel dan mengupas 13 topik menarik bersama jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual berpengalaman daripada ESQ Leadership Centre (trainer) terpilih.     Rancangan ini akan dikendalikan oleh pengacara berpengalam iaitu Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman.

Bagi episod pertama yang dirakam pada hari ini pada jam 11.00 pagi akan mengupas tentang topik topik “Dicipta”. Episod ini akan menampilkan ahli panel berpengalaman dan juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu YBhg Dato’ Nooh Gadot serta jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual  iaitu saudara Andi Mohamad Fajar. Sementara episod kedua yang dirakam pada sebelah petang dengan topik “Pohon Hidup” pula akan dikupas oleh Mufti Negeri Perak, YBhg Tan Sri (Dr.) Harussani Zakaria bersama seorang lagi jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual iaitu saudara Aminul Rachman Pulungan.

Konsep yang dibawa menerusi Halqah : Sentuhan Qalbu ini agak berlainan daripada rancangan lain di mana penyampaian bagi setiap episod adalah menggunakan multimedia yang menggabungkan animasi, klip video, kesan suara (audio) dan bunyi sert muzik syahdu melalui medium layar berukuran 4 x 6 meter.  Rakaman yang diadakan di studio 1, ntv7 di Glenmarie Shah Alam ini juga membabitkan hampir 100 tetamu dan mereka juga akan turut melibatkan diri dalam sesi soal jawab bersama ahli panel.

Back
   
1 Comments posted
  • avatar
    2011-07-23 14:50:20

    ABANGURUT

    Assalamualaikum,,,,,, saya amat tertarik dengan programme Halaqah Sentuhan Qalbu. Bagaimana hendak menghadiri programme ini? Adalah mesti dengan jemputan atau drop in sahaja? Hari apa yang ada rakama dan dari jam berapa? mengikut di atas ada disebutkan *Bagi episod pertama yang dirakam pada hari ini pada jam 11.00 pagi akan mengupas tentang topik topik “Dicipta”" tapi hari ni tu blla? sila hubungi saya di 0126270067

    total: 1 | displaying: 1 - 1

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement