• Register

Press Releases

Kejutan Mangkuk Tingkat untuk Peminat

Tradisi mangkuk tingkat kini kembali lagi! Jika dahulu, mangkuk tingkat sering digunakan oleh segelintir masyarakat yang membawa bekalan dari rumah, kini, tradisi mangkuk tingkat diteruskan pula ke dalam program realiti terbitan TV9 bernama Mangkuk Tingkat.

Menerusi Mangkuk Tingkat yang disiarkan setiap Jumaat jam 8.30 malam ini, penonton berpeluang untuk memberikan nama ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang meminati mana-mana artis dan selebriti tanahair. Kemudiannya, pihak penerbit akan memberitahu selebriti pilihan mereka dan masak untuk peminat setia mereka itu. Lebih menarik, peminat setia mereka juga tidak tahu tentang surprise yang akan diterima nanti.

Terdahulu, Mangkuk Tingkat yang telah keudara sejak 12 November disiarkan pada setiap Sabtu, jam 10.30 malam dan kini di awalkan pada hari Jumaat, jam 8.30 malam atas permintaan daripada penonton setia TV9 sendiri.

Mangkuk Tingkat ini sememangnya menggelikan hati kerana ianya dihoskan oleh Sharifah Shahirah, seorang yang suka berjenaka dan melucukan. Dalam Mangkuk Tingkat ini, Sharifah Shahirah akan mengusik selebriti jemputan dengan menu yang bakal mereka sediakan. Apatah lagi, ada juga di kalangan selebriti ini yang tidak begitu pandai untuk menyediakan masakan kegemaran peminat setia mereka.

Contohnya seperti Atilia yang tidak pernah masak tomyam! Beliau diminta untuk menyediakan tomyam untuk peminatnya. Ketika menyediakan tomyam itu, pelbagai karenah lucu dapat dilihat, apatah lagi dengan usikan daripada pengacara yang gemar mengenakan Atilia. Lebih melucukan apabila selebriti jemputan Wan Sharmila mencuba pertama kali masa mee kari dan juga kuih ‘cekodok’ pisang. Apabila sampai sesi menumis, Sharifah Shahirah terpaksa menolong kerana minyak menumis melompat tinggi setelah dimasukkan rempah ratus.

Selain daripada Atilia dan Wan Sharmila, selebriti lain yang terlibat ialah Gambit, Siti Saleha, Liyana Shamsudin, Hazama, Irma Hasmie, Nabil, Adam AF, Johan Ashaari, Black (Mentor), Rozita Che Wan dan Neelofa.

Mungkin anda salah seorang yang akan terima kejutan itu! Jangan lupa untuk menyaksikan program realiti masakan daripada selebriti kegemaran anda dan lihat gelagat mereka di dapur menerusi Mangkuk Tingkat pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam hanya menerusi TV9, saluran Di Hatiku.

Back
 

Related Topics

  • Ganjaran untuk Penonton Setia TV9

    Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan-peraduan hebat di

    Read more...
  • Mangkuk Tingkat

    Read more...
  • Kemenangan Besar Untuk Jantung - Saya Berjaya Turunkan Paras Kolestrol Saya Hanya Dalam 30 Hari

    Quaker Oats (Malaysia) berjaya sekali lagi membantu rakyat Malaysia menurunkan paras kolesterol mereka dengan Cabaran Jantung Bijak Quaker 2011. Dalam

    Read more...
  • Raudhah Di Hatiku - Inisiatif TV9 Untuk Memperkenalkan Masjid Sebagai Hab Komuniti

    Stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119), melalui jenama Raudhah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti bagi

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement