• Register

Press Releases

Ketuhanan dan Motivasi Tema Istimewa Konsert Kedua Idola Kecil 4

Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu konsert kedua pula. Minggu ini, hanya tinggal 11 peserta lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka di dalam Idola Kecil 4. Konsert kedua ini menjadi lebih istimewa apabila tema ketuhanan dan motivasi diangkat dan diterapkan dalam setiap lagu nyanyian peserta. Pastinya konsert minggu kedua ini lebih hebat dan mantap kerana para peserta sudah pun mendapat pengalaman pertama beraksi minggu lepas. Masih di bawah bimbingan tiga guru berpengalaman iaitu, Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian), persembahan minggu ini dijangka membawa kelainan dengan tema ketuhanan dan motivasi yang telah dipilih. Bagi konsert kedua ini, juri yang bakal menghakimi para peserta adalah Aishah, Ferhad dan Hafiz Hamidun. Manakala Atilia memegang peranan yang lebih berat sebagai penasihat persembahan.

Berikut adalah barisan peserta Idola Kecil 4 dan lagu-lagu yang dinyanyikan pada konsert kedua:-

No Nama Umur Nama Samaran Negeri Tajuk Lagu
1 Ahmad Marzuki B Nordin 10  John  Kelantan Bila Waktu Berakhir
2 Hairul Asri B Alis Sjofjan 12  Hairul  Kuala Lumpur Andai Ku Tahu
3 Irfan Haris B Othman 10  Irfan  Johor PadaMu Ku Bersujud 
4 Mohd Syafiqri B Kaharudin 10  Syafiq Johor  Kembara Di Tanah Gersang
5 Farisha Bt Asmadi 12  Irish  Selangor Ketika Cinta Bertasbih
6 Nabihah Bt Idrus 12  Abby  Melaka  Tahajjud Cinta
7 Nurfazlina Bt Ramlan 12  Nina  Selangor  Ingatlah Allah
8 Nurshazleen Natasha Bt Jamaluddin 11  Leen  Selangor  InsyaAllah
9 Sarah Elyssa Bt Khairul Fahmy 11  Shasha  Negeri Sembilan Mentari Merah Di Ufuk Timur
10 Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz 12  Fifa  Selangor  Erti Hidup
11 Sharifah Rusilmu Imani Bt Syed Hussain 11  Rusil  Selangor  Doa

Pastinya para penonton dan juri sendiri tidak sabar untuk melihat sendiri aksi dari setiap peserta yang pintar dan hebat belaka. Untuk mengetahui perkembangan dan maklumat lanjut mengenai konsert dan peserta Idola Kecil 4, layari laman web rasmi di www.tv9.com.my/idolakecil4 atau Facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4. Selain daripada itu, anda juga boleh sentiasa mendengar maklumat terkini IK4 menerusi Geng Radio IK4 iaitu Hot FM.

Apa pula kejutan yang bakal disaksikan di konsert kedua ini? Siapakah yang akan meneruskan perjuangan dan siapakah yang bakal tersingkir dari pentas Idola Kecil 4? Jikalau anda mahukan jawapannya, pastikan anda menonton Konsert Kedua Idola Kecil 4 pada hari Sabtu jam 9 malam di saluran “Di Hatiku” TV9.

Back
 

Related Topics

  • ICE AGE 4: Continental Drift (3D)

    Synopsis Scrat’s nutty pursuit of the cursed acorn, which he’s been after since the dawn of time, has world- changing consequences

    Read more...
  • Kaki Emas Ep 4

    Read more...
  • Tanya Tok Guru Ep 4

    Bahan-membahan sesama penyokong. Patut ke tak patut?

    Read more...
  • Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

    Setelah tamatnya drama "Karma", kini slot Ratu TV9 menyusul dengan drama terbaru "Ariana Mikhail" dan dijangka akan turut mendapat tempat

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement