Press Releases

Kita Punya Raya Hot FM dan TV9

Kali pertama bergabung pada 2011 dalam menghasilkan sebuah lagu raya yang bertajuk “Hangatnya Raya Di Hatiku“ lantunan suara penyampai radio Hot FM serta adik-adik dari program realiti TV9, Idola Kecil. Tahun ini, sekali lagi dua jenama ini berkolaborasi menghasilkan sebuah telefilem raya yang mampu meledakkan tawa di Syawal mendatang.

“Hangitnya Raya“ adalah janaan idea kreatif Hot FM dan juga TV9 dan merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Di arahkan oleh pengarah drama bersiri Dingin Lavenda dan Hanya Dikau, Amie Maziah, ianya berkisarkan karenah seorang penyampai radio stesen terkenal (lakonan AG) yang ‘memberontak‘ akibat tidak mendapat kelulusan untuk cuti beraya. Dari situ, terbit pelbagai akal untuk mengenakan Fara (lakonan sendiri) yang berjaya meraih cuti dari majikan mereka. Apatah lagi saat mencari idea nakal, AG terdengar perbualan Fara dengan ibunya yang mahukan Fara membawa pulang calon menantu untuknya. AG mula merancang langkah untuk mengenakan Fara yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Apakah yang sebenarnya belaku? Sama-sama kita nantikan telefilem “Hangitnya Raya“ yang akan ditayangkan pada Syawal ketiga jam 12.30 tengahari di TV9 (Saluran 119).

Telefilem ini juga dibarisi oleh Faizal Ismail, Ikhwan, Usop, Suraya dan juga Kieran di mana kesemua mereka memainkan karektor yang menyamai karektor sebenar mereka dalam kehidupan seharian. Skrip olahan Wan Mahani Wan Hassan ini sarat dengan elemen komedi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, "Kami di Hot FM sebenarnya amat gembira dengan kesinambungan kerjasama dengan TV9. Oleh kerana tahun lalu, kami telah tampil dengan dua buah lagu raya, maka tahun ini kami hadiahkan telefilem “Hangitnya Raya“ untuk sebuah kelainan sebagai penghargaan kepada pendengar Hot FM dan penonton TV9. Saya pasti telefilem ini mampu menghangatkan raya kita semua."

Bukan itu sahaja, kerjasama antara Hot FM dan TV9 ini menjadi semakin hangat apabila TV9 menyiarkan secara langsung program istimewa "Kita Punya Raya" yang menampilkan beberapa orang penyampai radio di KL Sentral dan lintas langsung dari Jalan TAR. Di KL Sentral, Fara Fauzana dan Faizal Ismail akan berinteraksi dengan selebriti jemputan seperti Izara Aishah, Anas (Mentor) dan ramai lagi. Persembahan akustik juga akan dipersembahkan di lokasi tersebut oleh band Klangit. Sementara itu, di Jalan Tunku Abdul Rahman, AG dan Ikhwan akan menyelitkan beberapa aktiviti menarik bersama orang ramai dan sesiapa yang bertuah berpeluang untuk mendapat duit raya. Saksikan kemeriahan “Kita Punya Raya“ yang akan disiarkan pada 18 Ogos 2012, bermula jam 9.30 malam eksklusif di TV9.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, "Ini merupakan kerjasama kedua antara TV9 dan Hot FM dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai program menarik disediakan pada tahun ini bermula pada jam 8.30 malam dan 12.30 tengahari. Hiburan terkini dan sensasi TV9 akan bermula pada malam Raya seperti Galaksi Raya, Versus Reunion, Laskar Nidji dan GIG Triple Play. Manakala empat telefilem terbaik yang menampilkan barisan pelakon terkenal tanahair antaranya seperti Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Talha Harith dan Fiza Halim pula akan disiarkan pada jam 12.30 tengahari ketika umat Islam berkumpul bersama sanak saudara. Kepuasan penonton adalah kepuasan kami dan itulah yang dimaksudkan dengan Kita Punya Raya, mengikut cara kita."

Sebelum ini, TV9 dan Hot FM berkolaborasi dalam program Kaki Bola yang menampilkan Seelan sendiri bersama Kieran sebagai hos serta VERSUS, program realiti yang telah menjadi penanda aras dalam industri muzik tanahair apabila berjaya menjadi “trending“ di laman sosial Twitter seluruh dunia. Terbaharu, Kiah Propa, karektor yang dikenali melalui program pojok sensasi, Galaksi menyampaikan berita panas sekitar industri seni tanahair setiap hari di Hot FM.

Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi Hot FM di www.hotfm.com.my dan TV9 di www.tv9.com.my.

Back
 

Related Topics

  • Perkhidmatan Bas Bebankan Pengguna Dan Tidak Memuaskan

    Cadangan menaikkan tambang bas ekspres sehingga 30 peratus oleh pengusaha bas seluruh Malaysia, PMBOA dilihat tidak munasabah. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan

    Read more...
  • Nasihat PM : Kurangkan Aktiviti Luar Dan Minum Banyak Ketika Cuaca Jerebu

    Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang prihatin dengan keadaan jerebu semasa di negara ini. Menasihatkan orang ramai supaya

    Read more...
  • TV9 Mobile LIVE TV

    Tontonilah siaran TV9 secara langsung melalui telefon bimbit anda. Anda dapat menikmati siaran TV9 dimana sahaja. Hanya RM5 sebulan atau

    Read more...
  • Lagak Drakula Tumbuk Dan Gigit Adik

    Kerana tidak diberi RM50. Seorang pemuda hilang akal dan sanggup menumbuk dan menggigit leher adiknya sehingga mengakibatkan kecederaan. Mohd Khairul Faisal Jaafar,

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement