Press Releases

Konflik BUKAN UNTUKMU tiba ke penghujungnya

Hukum agama dipandang ringan oleh Iskandar demi mendapatkan kembali bekas isterinya, Nadia. Walaupun pelbagai rancangan yang diusahakan tidak berjaya, Iskandar masih tidak boleh menerima hakikat bahawa jodoh mereka telah pun berakhir. Mungkinkah Nadia akan menerima semula Iskandar sebagai suaminya? Semuanya akan tersingkap di dalam episod terakhir drama bersiri Bukan Untukmu pada hari Isnin, 30 April, jam 8.30 malam melalui slot Ratu eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Drama bersiri Bukan Untukmu lakonan Ako Mustapha dan Memey Suhaiza yang mula bersiaran pada 12 Mac lalu kini tiba ke penghujungnya. Ia mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang hidup bahagia bersama dua orang cahaya mata berubah dengan sekelip mata apabila si suami, Iskandar, secara bergurau telah melafazkan cerai talak lima terhadap isterinya, Nadia. Menurut hukum agama, Nadia perlu berkahwin dan bercerai dengan lelaki lain dahulu, barulah mereka boleh bersama semula. Pelbagai rancangan dilakukan dan banyak calon dicari untuk dijadikan ’cina buta’ bagi mendapatkan Nadia, namun semuanya gagal belaka.

Lama-kelamaan, Nadia mula menerima hakikat bahawa jodohnya dengan Iskandar sudah berakhir. Nadia jatuh cinta dan berkahwin dengan Hafiz, namun Iskandar masih tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk mendapatkan kembali bekas isterinya. Sama-sama kita saksikan kesudahan drama Bukan Untukmu pada 30 April ini.

Back
 

Related Topics

  • Bukan Untukmu

    Iskandar dan Nadia merupakan pasangan yang telah berkahwin selama 10 tahun. Mereka hidup bahagia dan telah dikurniakan 2 orang cahaya

    Read more...
  • Bukan Untukmu

    Iskandar tak menyangka talak lima secara gurauan yang dilakonkan bersama Nadia menjadi mimpi ngeri mereka. Mereka yang sebelum ini bahagia,

    Read more...
  • Dari Pasir Mas, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor Setar

    Setelah menjelajah ke Pasir Mas, Kelantan, kini ‘Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan’ yang dibawakan khas oleh TV9 dan Ayamas

    Read more...
  • Ulangtahun ke-5 TV9 Bersama Ekspresi Remaja

    21 April 2011, Petaling Jaya – Penonton merupakan aset paling berharga buat kami di TV9. Susunan program menarik yang disediakan setiap

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement