Press Releases

Persembahan Energetik Yang Memukau: Bunkface - Hujan - Nidji

Persembahan energetik GIG Triple Play dari Bunkface-Hujan-Nidji malam ini telah memukau pengunjung KL Live malam ini! Suntikan muzik dari tiga kumpulan hebat, dua negara di atas satu pentas ini amat dinanti-nantikan oleh ramai anak muda yang mahukan muzik yang lebih kreatif. Konsert rock GIG Triple Play ini turut disiarkan secara langsung di TV9 (saluran 119) pada malam ini, 30 Jun, Sabtu, bermula jam 8.30 malam.

TV9 berasa amat bertuah kerana 3 kumpulan hebat yang bakal menghangatkan GIG Triple Play ini tiada dapat beradu tenaga mempamerkan persembahan paling hebat mereka menerusi genre yang dibawa oleh mereka. Bunkface lebih dikenali dengan kumpulan muzik Pop Punk & Punk Rock, sementara Hujan pula lebih selesa mebawakan muzik rock alternatif dan Nidji pula cenderung pada pop alternatif.

Bayangkan bagaimana mereka bertukar lagu sesama mereka menerusi ’shuffle’? Tentunya hebat dan ianya hanya dapat didengar menerusi GIG Triple Play yang dibawaka oleh TV9! Lebih menerujakan apabila Hot FM dilantik menjadi geng radio bagi GIG Triple Play.

Pastinya ramai tidak sabar untuk melihat aksi-aksi hebat setiap kumpulan yang datang dari kepelbagaian medium muzik. Bunkface yang popular dengan rentak Pop Punk akan bereksperimentasi lagu-lagu istimewa mereka iaitu:

Panik
Kita Menang Kita Perang
More
Shadow (lagu Nidji)
Lonely Soldier Boy (lagu Hujan)

Juara Versus musim pertama iaitu Hujan akan terus mencipta legasi dengan muzik kreatif mereka yang bakal menggoncang minda para penonton yang hadir di Gig Triple Play malam ini. Rantaian lagu yang akan dipersembahkan oleh Hujan ialah:

Rumah Kita,
Mana Mungkin
Lamunan Terhenti
Laskar Pelangi (lagu Nidji)
Ekstravaganza (lagu Bunkface)

Manakala Nidji, kumpulan yang telah menempa nama bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, malahan di Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat akan menghiburkan peminat tegar mereka di Malaysia dengan lagu-lagu paling hit seperti :

Indahnya Cinta
Save Me
Disco Lazy
Situasi (lagu Bunkface)
Muda (lagu Hujan)

Kerancakkan Gig Triple Play ini tidak akan berakhir disitu sahaja. TV9 dan geng radio Hot FM tidak mahu menghampakan para peminat yang hadir oleh itu, Nidji akan mempersembahkan lagu medley iaitu Sudah dan Kau & Aku. Bukan itu sahaja, vokal Noh dan Sam teraju utama kumpulan Hujan dan Bunkface akhirnya akan bersatu di penghujung acara apabila mereka akan mendendangkan lagu bonus yang pasti mengundang keterujaan setelah 2 jam berhibur dengan pelbagai elemen muzik.

Muzik bukan sekadar boleh dijadikan satu hiburan yang mengisi kekosongan jiwa. Muzik juga boleh menjadi satu wadah penyatuan yang merapatkan jurang perbezaan. Ini terbukti apabila sambutan hangat yang diperoleh di laman web TV9 berjaya menghimpun pelbagai latar belakang peminat dalam menentukan senarai pilihan lagu-lagu yang menjadi dendangan Bunkface, Hujan dan Nidji di Gig Triple Play ini. Semoga Gig Triple Play ini akan meninggalkan satu pengamalan yang tidak akan dilupakan buat semua yang setia memberikan sokongan buat TV9 selama ini.

Back
 

Related Topics

  • Hujan Lebat Mengakibatkan Banjir Kilat Di Alor Setar

    Hujan lebat yang melanda bandaraya Alor Setar, Kedah sejak petang semalam mengakibatkan banjir kilat.  Air yang naik dengan pantas menjejaskan  beberapa

    Read more...
  • Hujan Tour

    Two famous names in the Malaysian music scene are all geared up to rock your June this year. The

    Read more...
  • Pemain Yang Harus Diberikan Perhatian

    Didier Drogba Kelab: Shanghai Shenhua FC (Liga Super China) Negara: Ivory Coast Posisi: Penyerang Didier Drogba, watak utama yang membantu

    Read more...
  • Laskar Nidji

    Setelah berjaya memukau hati para peminat Malaysia dengan persembahan hebat di Gig Triple Play bersama-sama Bunkface dan Hujan, Nidji kembali untuk hiburan malam raya anda.

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement