Press Releases

Raudhah Di Hatiku - Inisiatif TV9 Untuk Memperkenalkan Masjid Sebagai Hab Komuniti

Stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119), melalui jenama Raudhah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti bagi para remaja dan masyarakat setempat. Penjenamaan Raudhah yang membariskan program-program berunsur Islami seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, Usrah dan Safiyya kini memperkasakan lagi penjenamaannya melalui penganjuran acara padang dengan nama Raudhah di Hatiku.

Raudhah di Hatiku anjuran TV9 ini dibawakan oleh Lembaga Zakat Selangor dan dimeriahkan lagi oleh kehadiran HotFM ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial stesen untuk menarik minat remaja mendekatkan diri mereka dengan masjid serta mengenepikan persepsi yang masjid ini hanyalah untuk solat sahaja. Sesungguhnya kebanyakan masjid di Malaysia ini begitu aktif dan sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti menarik buat jemaah mereka serta masyarakat setempat.

Lokasi pertama Raudhah di Hatiku ialah Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya pada hari Sabtu, 24 September 2011 bermula seawal 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk setiap lapisan umur. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:

  • Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di mana pihak masjid akan menumbangkan seekor lembu untuk dijamu kepada tetamu
  • Senaman tai-chi
  • Pertandingan futsal
  • Jogathon
  • Jualan bazaar
  • Pertandingan muazzin muda
  • Ujibakat pengulas berita dan penyampai radio
  • Pencarian pengacara Safiyya serta tutorial menggayakan tudung
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan nasyid
  • Pertandingan bercerita
  • Pertandingan memasak
  • Pameran seni Islam
  • Demo mandi dan kafan jenazah
  • Pameran daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Selain itu, acara ini turut dimeriahkan oleh tokoh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz memberi ceramah berkaitan ‘Titian Sirat’ di booth TV9, serta barisan selebriti TV9 seperti Syed Mohd Khair, Zuhairah Mustafa Al-Husin, Irma Hasmie, Liyana Hisham (pengacara Safiyyah), artis Catriona Ross serta kumpulan nasyid Al-Mawlid yang terdiri daripada Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).

Lebih menarik pengunjung dapat menyertai rakaman rancangan Tanyalah Ustaz yang dikendalikan oleh Ustaz Halim Din yang membawa tajuk ’Agihan Zakat’. Sementara itu, Ustazah Asni Abu Mansor juga akan hadir bagi sesi rakaman Tanyalah Ustazah mengupas tentang ’Bagaimana Wanita Berperanan’. Kedua-dua rancangan ini akan disiarkan pada bulan November nanti.

Selain itu, acara ini turut dimeriahkan oleh tokoh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz memberi ceramah berkaitan ‘Titian Sirat’ di booth TV9, serta barisan selebriti TV9 seperti Syed Mohd Khair, Zuhairah Mustafa Al-Husin, Irma Hasmie, Liyana Hisham (pengacara Safiyyah), artis Catriona Ross serta kumpulan nasyid Al-Mawlid yang terdiri daripada Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).

Lebih menarik pengunjung dapat menyertai rakaman rancangan Tanyalah Ustaz yang dikendalikan oleh Ustaz Halim Din yang membawa tajuk ’Agihan Zakat’. Sementara itu, Ustazah Asni Abu Mansor juga akan hadir bagi sesi rakaman Tanyalah Ustazah mengupas tentang ’Bagaimana Wanita Berperanan’. Kedua-dua rancangan ini akan disiarkan pada bulan November nanti.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk memeriahkan suasana raudhah Di Hatiku di Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya, bolehlah menjelajah bersama kami di tiga lokasi seterusnya iaitu :

Nama Masjid Tarikh
Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Masjid Al-Falah, Jalan USJ 9, Subang Jaya 22 Oktober 2011 (Sabtu)
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail 29 Oktober 2011 (Sabtu)

Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke empat buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang ini dan rasai kemeriahan aktiviti yang telah disediakan.

Back
 

Related Topics

  • Program Khusus untuk Muslimah

    Remaja muslimah yang berhijab sentiasa mencari kelainan untuk tampil lebih anggun dan moden, termasuklah cara bersolek serta fesyen pakaian yang

    Read more...
  • 11 Bintang Beraksi Di Konsert Kedua!

    11 Bintang kembali beraksi untuk membuktikan kehebatan yang mereka miliki di pentas Idola Kecil 5. Kesemua peserta ternyata telah menunjukkan

    Read more...
  • Ujibakat Idola Kecil 5 Terbuka Di Alamanda, Putrajaya

    Pencarian bakat baru bagi program realiti kanak-kanak Nombor Satu Negara, Idola Kecil musim kelima (IK5) kini telah sampai ke penghujungnya.

    Read more...
  • Imarahkan Masjid As-Salam

    Raudhah Di Hatiku TV9 kini meneruskan penjelajahan terakhirnya di Masjid As-Salam. Sejak awal lagi, masjid ini, yang juga dikenali sebagai

    Read more...
 
4 Comments posted
  • avatar
    2011-10-13 10:16:59

    karimahhanapi

    Salam. Saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin mengadakan program yang sebegini di tempat saya, bagaimanakah caranya dan kepada siapakah perlu saya hubungi?. Terima kasih.

  • avatar
    2011-10-19 09:27:30

    yusmentor

    Salam...bgmn caranya untuk saya mengambil bahagian dalam jualan bazaar di acara ini.. saya mempunyai produk yang sangat baik buat kesihatan muslimah.. Diharapkan pihak tuan dapat membantu saya.

  • avatar
    2011-11-01 23:13:00

    nur.rizkie

    Assalamualaikum wr wb... Untuk bln november program seterus nya d mana?

  • avatar
    2011-11-17 10:17:25

    einedy

    Salam.... bagaimana caranya untuk saya mengambil bahagian dalam program Rancangan Tanyalah Ustaz? ... Saya harap diberi penjelasan yang sebaiknya... tima kasih

    total: 4 | displaying: 1 - 4

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement