Press Releases
Sidang Akhbar Chipsmore Land
Petaling Jaya, 29 September 2010 – TV9 membawakan anda rancangan realiti kanak-kanak Chipsmore Land yang kini kembali untuk musim ke-5! Musim kali ini menjanjikan lebih banyak lagi aktiviti mencabar yang bakal dirintangi oleh peserta-peserta bertuah yang terpilih.
Program 6 epsiod ini boleh dikategorikan sebagai program yang diadakan dengan tujuan untuk membangunkan jati diri serta memupuk nilai moral yang tinggi pada diri masing-masing memandangkan program ini banyak mengetengahkan sifat berdaya saing namun saling tolong-menolong antara satu sama lain. Program ini juga banyak membantu kanak-kanak dalam mempertingkatkan keyakinan diri dan secara tidak langsung mereka dapat menimba banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman diluar bidang sekolah yang dapat diterapkan dalam diri masing-masing.
Beberapa selingan ujibakat telah diadakan gi Giant Hypermarket di seluruh Malaysia untuk mencari 12 kanak-kanak yang bakal menyelami pengalaman penuh cabaran di Chipsmore Land. Antara ujian yang perlu mereka rintangi ialah ujian bagi mengukur tahap kepimpinan dan kerjasama mereka, ianya bukan sahaja mencabar fizikal malah mental mereka. Sesi ujibakat kali ini sangat mengujakan. Peserta ujibakat telah meningkat kepada 20% dari tahun-tahun lepas membuktikan bahawa program Chipsmore Land dinantikan oleh kanak-kanak dan ibubapa.
Setelah pelbagai ujibakat diadakan, 12 peserta telah dipilih dan mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan yang diberi nama Red Hunters, Blue Troopers dan Green Warriors. Setiap kumpulan mewakili 4 orang peserta.
Peserta-peserta yang dipilih akan mengharungi pelbagai rintangan yang mencabar kelasakan mereka. Terdapat 6 peringkat Chipsmore Land yang menguji fizikal dan mental para peserta. Setiap kumpulan yang berjaya mengharungi sesuatu cabaran akan diberikan markah seperti berikut:
Sistem Pemarkahan
Tempat Pertama 10 Markah
Tempat Kedua 5 Markah
Tempat Ketiga 1 Markah
Markah akan dikumpulkan sepanjang 5 peringkat dan penalti masa akan diberikan kepada naib johan dan tempat ketiga seperti dibawah:
Penalti Masa
Naib Johan 5 minit
Tempat Ketiga 10 minit
Berikutan penalti yang diberikan, kumpulan markah tertinggi akan mendahului halangan peringkat terakhir. Kumpulan tersebut ditugaskan untuk mencari harta karun yang hilang untuk bergelar juara Chipsmore Land. Walaupun kumpulan pertama telah mendahului rintangan, namun kumpulan yang lain masih berpeluang untuk bergelar juara Chipsmore Land sekiranya mereka mempunyai kerjasama serta azam yang tinggi.
Setiap kumpulan harus cepat, tangkas serta bijak dalam menharungi semua cabaran dan rintangan bagi bergelar juara Chipsmore Land. Hadiah lumayan berupa wang tunai RM20,000 akan diberikan kepada kumpulan pertama yang berjaya menemui harta karun Chipsmore Land.
Jangan lupa saksikan cabaran Chipsmore Land mulai 6 Oktober 2010, pada setiap Rabu, 7.30 petang di TV9!

total: 0 | displaying: 0