• Register

Press Releases

Sidang Akhbar Kemuncak Gadis Melayu 3

PANCARAN
KELEMBUTAN & KEPRIHATINAN

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2010 – Setelah calon-calon Ikon Gadis Melayu 3 (GM3) melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal dan kerohanian dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan yang kian pupus ditelan zaman, kini tiba masanya untuk menjawab teka-teki siapakah yang paling layak untuk memegang gelaran Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.

Rancangan realiti ini telah pun menemui penonton TV9 pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam sejak 27 Ogos 2010 yang lalu dan kini, peringkat akhir GM3 pula akan bersiaran secara langsung pada 29 Oktober 2010 ini (Jumaat) selama dua jam dari Auditorium MBSA mulai jam 8.30 malam.

Satu kelainan berbanding musim yang lalu yang akan diterapkan pada peringkat akhir musim ini adalah di mana kesemua peserta GM3 akan membuat persembahan teater muzikal yang berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan sambil menyentuh tiga isu semasa yang sedang hangat diperkatakan iaitu:
1.    Bencana Banjir di Pakistan – Bencana yang mengancam nyawa penduduk Pakistan dengan kelaparan dan pelbagai jenis penyakit berbahaya.
2.    Gaza Kami Endah - Ketabahan dan kesabaran wanita-wanita di Gaza yang masih kental mempertaruhkan nyawa mereka dalam menegakkan kebenaran walaupun senjata perang Israel tidak putus-putus mengorbankan keluarga dan menghancurkan kediaman mereka.
3.    Sayangi Anugerah Itu – Isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di Malaysia terjadi akibat terjerumus terlalu jauh ke dalam keseronokan duniawi tanpa mengambil kira batasan agama. Anak merupakan amanah dan anugerah tidak ternilai dari Tuhan yang akan meneruskan garis keturunan, maka seharusnya kita menyayangi dan menjaga mereka sebaik mungkin.

Kemanusiaan adalah tema utama dalam memancarkan sikap ambil berat dan kemampuan calon Ikon Gadis Melayu apabila berhadapan dengan sebarang tragedi yang melanda di dalam mahupun di luar negara. Sebagai wanita moden dan warganegara sebuah negara yang berdaya saing dunia dan sarat dengan semangat 1Malaysia, mereka seharusnya petah dan fasih dalam memperbincangkan dan mengetengahkan keprihatinan mereka tentang isu-isu semasa ini.

Teater muzikal ini diarahkan oleh pengarah teater terkenal, Norzizi Zulkifli dan skrip adalah hasil nukilan penerbit eksekutif Gadis Melayu, Wan Sabariah Shikh Ali. Teater muzikal ini akan turut menampilkan beberapa pelakon tanahair untuk membantu menghidupkan watak serta penampilan khas daripada beberapa tokoh kenamaan negara.


Pada malam peringkat akhir Gadis Melayu 3, pengacaranya iaitu Ashraf Muslim, akan berganding dengan pengacara spontan dan bersahaja, Sharifah Shahirah. Gandingan mantap ini pastinya membawa sedikit kelainan dan kreativiti tersendiri di mana suntikan jenaka dan usikan akan menggamatkan lagi suasana pada malam penuh debaran ini.

Hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang adalah seperti berikut:
Juara Ikon Gadis Melayu 3 (berjumlah RM160,000)
    Wang tunai RM30,000
    Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
    Barangan Singer bernilai RM10,000
    Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
    Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts

4 Hadiah Saguhati
    Wang tunai RM1,000 seorang
    Barangan Singer bernilai RM7,000 untuk markah kedua tertinggi dan RM5,000 untuk markah ketiga tertinggi
    Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts

4 Hadiah Penyertaan
    Wang tunai RM500 setiap seorang
    Barangan Singer bernilai RM700
    Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts

Penaja utama Gadis Melayu 3 adalah Hai-O sementara penaja bersama adalah Sofy, Secret Garden dan Silkygirl. Pada sidang media ini, para peserta juga akan diberikan hadiah sampingan kepada yang terpilih seperti Gadis Hai-O, Gadis Secret Garden dan Gadis Silkygirl. Hadiah sampingan ini akan diberikan kepada peserta yang paling menjiwai kualiti dan elemen produk para penaja.

Sepanjang rancangan Gadis Melayu 3 telah disiarkan, sebanyak 50% markah adalah daripada penjurian awal di mana mereka telah diuji berdasarkan kepintaran, penampilan dan cara mereka berkomunikasi. Pada malam peringkat akhir, 20% adalah berdasarkan persembahan mereka dan seterusnya, lima peserta dengan markah tertinggi berpeluang untuk merebut markah 30% dalam segmen Soal Jawab yang sekaligus akan menentukan Juara Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.

Debaran GM3 semakin terasa dan seribu tanda tanya berlegar-legar di minda penonton setia rancangan ini dalam menanti pengumuman keputusan Ikon GM3. Oleh itu, mari sama-sama kita saksikan malam kemuncak Gadis Melayu 3 yang akan bersiaran langsung pada 29 Oktober 2010 (Jumaat) dari Auditorium MBSA mulai jam 8.30 malam, hanya di TV9, saluran Di Hatiku!

Back
 

Related Topics

  • Kaki Emas Ep 3

    Read more...
  • Tanya Tok Guru Ep 3

    Apa makna istilah Kaki Bangku? Nantikan penjelasan Tok Guru.

    Read more...
  • Syafiq Rahim

    Read more...
  • Sidang Akhbar Chipsmore Land

    Petaling Jaya, 29 September 2010 – TV9 membawakan anda rancangan realiti kanak-kanak Chipsmore Land yang kini kembali untuk musim ke-5!

    Read more...
 
1 Comments posted
  • avatar
    2010-11-06 18:31:53

    sunshine66

    untuk finale GM3 ni xde catch up tv ke?

    total: 1 | displaying: 1 - 1

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement