Synopsis:
Johan dan Shariza adalah pasangan suami isteri yang masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan. Mereka mempunyai anak lelaki bernama Rashid berusia 3 tahun yang ditinggalkan di Malaysia di bawah jagaan keluarga Johan, Datuk Marzuki dan Datin Suraya. Cerita bermula apabila suatu hari sebelum mereka berlima ini hendak pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian mereka telah merancang hendak bercuti di sebuah pusat percutian di salah sebuah negeri di Korea Selatan. Namun begitu sewaktu dalam perjalanan Johan yang telah memandu van mereka telah mengalami kemalangan jalan raya akibat mengantuk. Van yang dipandunya telah terhumban ke dalam gaung di tepi pantai. Akibat daripada kemalangan itu Shariza telah hilang! Kehilangan Shariza telah meninggalkan trauma kepada Johan. Setelah usaha mencari Shariza gagal akhirnya Johan dengan berat hati terpaksa meninggalkan Korea Selatan untuk pulang ke tanah air. Walaubagaimana pun semenjak daripada itu Johan masih tetap berusaha mencari Shariza dari Malaysia dengan bantuan Harun. Dan peristiwa pencarian Johan itu berlanjutan selama lima tahun. Sepanjang tempoh itu Johan tidak pernah jemu mencari isterinya. Namun begitu keyakinannya yang isterinya masih hidup lama kelamaan mula luntur kerana usahanya itu tetap gagal. Sehinggalah pada suatu hari di atas pujukan kedua belah keluarga, Johan akhirnya berkahwin sekali lagi dengan Adura, pilihan keluarganya sendiri yang juga merupakan salah seorang pegawai kesayangan Datuk Marzuki di Radius Holdings. Suatu hari Shima yang wajahnya seiras dengan Shariza muncul. Tetapi kemunculannya bukan di hadapan Johan tetapi di hadapan Adura sewaktu Adura yang ketika itu mahu menghantar Rashid ke tadika.
