Synopsis:
Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima menceritakan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah(Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan. Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod yang bermula dengan pernikahan antara Sarah dan Nazir. Drama terbaru Dia Bukan Maryam disiarkan pada jam 8.30 malam pada setiap Isnin dan Selasa di dalam slot Ratu. Drama yang menyentuh perasaan ini membariskan para pelakon handalan seperti Siti Shahrizah (Eja), Fahrin Ahmad, Lisdawati, Aqasha dan Rusdi Ramli. Lokasi jalan ceritanya di sekitar Kuala Lumpur, Madinah, Mekah dan Jeddah.
