• Sitkom komedi 24 episod ini mengisahkan Boona dan Boonie (Noorkhiriah dan Ieda Moin) yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada Nyonya Mansur. Walaupun majikan mereka sangat kedekut, garang dan cerewet, namun... ...

    Read more...
  • Drama ini mengisahkan Zul (Shah Iskandar) yang mencitai Syiela (Nadia) pada zaman kolej. Namun begitu, selepas beberapa tahun, Zul telah berkahwin dengan Mimi (Hanez) bukannya Syiela. Syiela yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu, datang semula kedalam hidup Zul untuk menuntut semula cintanya. Apakah yang bakal berlaku kepada mereka? ...

    Read more...
  • Sirrun

    0 | 5

    Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya. Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa. Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya. ...

    Read more...
  • Bermula dengan Nazim yang membawa watak Aqil merupakan pelajar pintar dan kacak, menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Emelyn mula meminati Aqil sejak di bangku sekolah sehinggalah kini... ...

    Read more...
  • Kisah bermula apabila Citra (Jasmin Hamid) yang datang dari keluarga kaya jatuh cinta dengan Ehsan (Azhar Sulaiman), seorang pemain bola sepak negara. Pun begitu hubungan mereka dihalang keluarga Citra. Bermulalah hidup Citra dengan Ehsan tanpa kemewahan. Setelah dikurniakan cahaya mata, Juwita (Eyka Farhana), Citra dan Ehsan membuat keputusan untuk bercerai. Juwita ingin tinggal bersama bapanya. Sementara Citra telah membawa diri dan tidak lagi mengambil tahu tentang anaknya itu. Hari berganti hari, Juwita semakin dewasa. Namun bapanya pula jatuh sakit dan meninggal. Sebelum itu, dia berjanji dengan bapanya untuk mencari ibunya, Citra dan tinggal bersamanya. Namun dugaan kembali melanda Juwita apabila dia bertemu dengan ibunya. Apakah Juwita akan kembali terluka? ...

    Read more...
  • Sesi baru tingkatan 6 atas bermula dan pada hari pertama persekolahan bermacam-macam perkara berlaku, Nik (Zahiril) tidak hadir ke sekolah, geng Rempit (Syazwan) dan geng Sideburns (Fauzi) pula hilang tanpa dapat dikesan. Rupa-rupanya setelah disiasat oleh Budak Baru dan Dahlia, geng Rempit dan geng Sideburns sibuk meniaga Tupperware sehingga sanggup ponteng sekolah. Dahlia dan Budak Baru menasihati supaya mereka mengutamakan pelajaran jika mereka ingin menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan mereka. Manakala Lily (Bella) dan Kecoh (Nas-T) pula tak senang duduk apabila berjumpa, rupa-rupanya dalam diam mereka bercinta tanpa pengetahuan rakan-rakan yang lain. Nik tidak kelihatan di awal sesi persekolahan kerana kecewa tidak dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar tetapi untuk menaikkan semangat Nik, geng Rempit dan Sideburns mencadangkan agar Nik sekali lagi menjadi ketua kelas bagi kelas 6 Progresif. Kehadiran Sapuan sebagai Budak Baru telah menimbulkan kebencian kerana sikap berlagaknya yang suka membuli orang lain hanya kerana bapanya seorang yang berpengaruh. 6 Progresif dilihat sangat bersesuaian bagi jiwa muda sang remaja dimana jalan ceritanya lebih dekat di hati penonton dengan kisah kehidupan di sekolah yang penuh konflik dan cabaran. Sudah tentu akan membuatkan anda teringat pada kenangan sewaktu di zaman persekolahan yang penuh dengan warna-warninya. Jom kita sama-sama saksikan drama 6 Progresif musim kedua bermula 1 November nanti hanya di TV9!. ...

    Read more...
  • It's 1975, Jamil is 25 years old and living the life that he'd always dreamed of; single and carefree, Jamil has fallen in love and about to marry an English girl. ...

    Read more...
  • Kornilam kelihatan lemah. Muka dan badannya mula bertukar menjadi kebiru-biruan. Kornilam menjerit. Kornilam berjumpa dengan Mohijad. ...

    Read more...
 
 
Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement