• Register

Upin & Ipin

Nur Hidayati Abdul Aziz
29/07/2010 17:00:35

Mula disiarkan pada bulan Ramadhan 2007, siri 'Upin & Ipin' yang hanya empat minit durasinya, bertujuan mendidik anak-anak menghayati erti dan kepentingan bulan mulia itu. Namun atas sambutan penonton yang memberangsangkan, ia mula diterbitkan secara bersiri.

Adik-beradik kembar, Upin dan Ipin tinggal bersama kakak Ros dan Opah di Kampung Durian Runtuh, setelah kematian kedua ibu bapa mereka. Menghadiri Tadika Mesra, Upin dan Ipin mempunyai sekumpulan kawan-kawan yang bermacam-macam ragamnya.

Mei Mei yang comel, berpemikiran waras sementara Jarjit Singh gemar berjenaka dan berpantun. Ehsan seorang yang penyepi, cemerkap dan kuat makan. Sepupu Ehsan, Fizi suka memerli. Mael pula berdaya keusahawanan dan pandai berkira.

 

Show info:

Reviewer's Rating:

  /5.0
 
14 User Reviews Posted
Average user rating:
4/5
1 2 Next

total: 14 | displaying: 1 - 10

You must be a registered user to comment - please login from the top menu or register
review
Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement