• Register

Versus


16/04/2012 00:00:00

Versus merupakan sebuah rancangan realiti terbaru di TV9 menampilkan 5 band tempatan di Malaysia iaitu Go Gerila!, 6ixth Sense, Sofazr, Black & Parallax dan Hujan. Setiap minggu 5 band ini akan bersaing di pentas Versus untuk merebut ganjaran berjumlah RM200,000. Episod pertama telah pun ditayangkan pada Jumaat, 13 April di TV9 dan maklum balas yang diberi peminat muzik tempatan amat memberangsangkan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kebanyakan mereka mengatakan Versus merupakan program yang ditunggu-tunggu selama ini kerana konsepnya yang segar dan unik berbanding program-program yag selalu ditayangkan di kaca televisyen.

Minggu pertama, kesemua band perlu menyanyikan semula lagu yang pernah dinyanyikan oleh lagenda-lagenda pemuzik tanah air seperti M.Nasir, Jamal Abdillah, Aris Ariwatan, Nash dan Hattan. Mereka diberi masa selama seminggu untuk berlatih dan dikehendaki memberi nafas baru kepada lagu-lagu tersebut dengan cara mereka yang tersendiri. Versus diadili oleh dua orang juri yang mempunyai latar belakang yang hebat dalam industi hiburan tanah air iaitu Jennifer Thompson yang sudah 25 tahun berada dalam industri hiburan dan juga merupakan individu yang bertanggungjawab di sebalik program-program hiburan seperti Anugerah Industi Muzik, Shout Awards dan Anugerah Juara Lagu. Jennifer Thompson digandingkan bersama Loque, pengasas dan gitaris kumpulan Butterfingers dan juga ahli utama band Monoloque yang boleh dianggap individu hebat dalam muzik Indi dan juga kerana kebolehannnya menulis lagu dan penggubahan muzik moden.

Selain juri tetap, peminat boleh memberi sokongan mereka dengan mengundi band kegemaran dengan menghantar undian SMS. Kod undian adalah seperti yang berikut:

VS/VS5/VS10BPX ke 33399 | VS/VS5/VS10SFR ke 33399 | VS/VS5/VS10GGL je 33399 | VS/VS5/VS10SIX ke 33399 | VS/VS5/VS10HJN ke 33399

Bagi mereka yang ingin melihat Black & Parallax, Go Gerila!, 6ixth Sense, Sofazr dan Hujan membuat persembahan secara langsung, boleh datang beramai-ramai ke Space U8 Bukit Jelutong, Shah Alam pada setiap hari Jumaat jam 9.30malam. Sekiranya ketinggalan menonton Versus, siaran ulangan di TV3 setiap Ahad jam 6 petang dan boleh juga layari www.tonton.com.my untuk menonton episod-episod terdahulu Versus.

Show info:

Reviewer's Rating:

  4/5.0
 
0 User Reviews Posted
Average user rating:
0/5

total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment - please login from the top menu or register
review
Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement