• Register

Rating

Average User Rating

0 / 5

Watch in tonton
Genre:
Documentary Entertainment Travel
Classification:
U
Times Viewed:
18878

Synopsis:

Kali ini, tanggungjawab Faiz atau nama sebenarnya Adzriefaiz Adzlan sebagai pengacara adalah lebih berat berbanding musim pertama kerana beliau akan menjelajah ke kampung-kampung pedalaman dan menyediakan makanan eksotik di sana. Bukan setakat itu sahaja, Faiz juga perlu menyediakan sendiri bahan-bahan makanan yang akan dimasak, termasuklah terpaksa memasuki hutan untuk mencari bahan-bahan tersebut. Sememangnya sangat mencabar terutamanya bahan yang tidak pernah dilihat atau didengar oleh Faiz sendiri. Makan Angin musim kedua yang diterajui oleh Tengku Sahilawati Tengku Jehori (penerbit) ini mengandungi 13 episod dan akan disiarkan setiap Jumaat bermula 29 Julai 2011 ini. Antara perkara pelik yang dilalui oleh Faiz ialah memasuki hutan mencari umbut payas. Setahu Faiz, dia hanya pernah mendengar umbut pisang dan umbut kelapa. Ini satu pengalaman yang sangat menarik di mana Faiz memakai seluar trek, kasut sukan dan yang paling penting stoking yang panjang hingga paras lutut untuk mengelak pacat.

Advertisement
Advertisement
tonton TV on Demand
Advertisement