Friday I'm In Love

Our Rating

  4/ 5


23/04/2012 00:00:00

Jatuh cinta pada hari Jumaat...dan putus cinta pada hari Khamis. Begitulah konsep drama bersiri terbaru di TV9 iaitu Friday I'm In Love. Ia mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Awang yang baru sahaja menjangkau usia 21 tahun yang akan bercinta pada hari Jumaat, namun putus cinta pada hari Khamis. Perjalanan Awang untuk mencari cinta sejati itu ditemani oleh 5 rakan karibnya iaitu Nisha, Ana, Jo, Hansem dan Pitt.

Sewaktu Awang menyambut ulangtahun yang ke-21 bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, dia terpaku seketika apabila melihat seorang wanita di kopitiam milik bapa Nisha itu. Awang dengan segera meminta Nisha wang kertas RM1 untuk menulis maklumat tentang dirinya. Namun wanita bernama Amy itu meminta 3 sebab kenapa dia harus mengambil “name card” RM1 itu dan selepas itu menolak dengan mesra dan terus berlalu pergi, tanpa disedari iPad miliknya tertinggal di kopitiam tersebut.

Awang memberi syarat kepada Amy sekiranya ingin mendapatkan semula iPad tersebut, dia perlu menerima “name card” RM1 itu yang mengandungi maklumat peribadi Awang seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan bukan nombor telefon peribadinya. Sejak dari itu, mereka berdua mula berbalas mesej melalui Whatsapp dan tindakan itu dihidu oleh ibu Awang yang mendapat informasi daripada adik Awang yang sentiasa melihat akaun Twitter abangnya. Ibu Awang yang kurang senang dengan perkara tersebut menjumpai Awang di sebuah kedai buku tempat anaknya bekerja. Awang memberitahu tiada apa-apa yang disembunyikan daripada pengetahuan ibunya itu. Namun sebenarnya perasaan cinta Awang mula menjadi serius dan ingin menjadikan Amy sebagai teman wanitanya.

Suatu hari Awang melamar Amy supaya menjadi teman wanitanya dengan memberikan cincin Transformers edisi terhad. Awang juga meminta Amy supaya datang melihat perlawanan laser tag bersama rakan-rakannya, namun hampa apabila tidak muncul seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun suatu hari Amy bersetuju untuk menjumpai Awang di sebuah taman dan memberitahu bahawa dia telah pun berkahwin. Awang terjaga di rumah dan cuba mengingati semula kejadian yang berlaku dan memberitahu keluarga dan rakan-rakannya tentang Amy dan dia kembali pengsan.

Begitulah suasana Friday I'm In Love yang penuh dengan aksi-aksi Awang yang berusaha dengan gigih demi mencari cinta. Adakah kesudahan cinta pandang pertama Awang berkekalan akhirnya? Ingin tahu kesudahannya, saksikan Friday I'm In Love setiap Khamis jam 8.30 malam di slot Aurora dan sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari apps.tv9.com.my/fridayiminlove. Jika terlepas boleh juga layari www.tonton.com.my untuk melihat episod-episod terdahulu.

Cast:

Qi Razali, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza, Nelydia Senrose, Bella Dally

Genre:

Drama

Show info:

Back
 

Related Topics

  • Love Lust Faith + Dreams

    Say what you want about Thirty Seconds to Mars. You can hate on Jared Leto’s crazy good

    Read more...
  • Sugar plum brownie biscuit pudding fruitcake I love cupcake dessert

    Sugar plum brownie biscuit pudding fruitcake I love cupcake dessert chocolate bar. I love candy canes sugar plum. I love

    Read more...
  • Friday I'm In Love

    Jatuh cinta pada hari Jumaat... Putus cinta pada hari Khamis... Kembali jatuh cinta pada hari Jumaat, dan sekali lagi cinta

    Read more...
  • blog test i-glam

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register