Harry Fotografi
Peminat-peminat setia slot Oh Mari Gelak pastinya ingin melihat lagi gelagat Harry melayan kerenah para pelanggannya yang sentiasa mencuit hati. Drama 14 episod ini yang telah ditayangkan sejak 4 Februari lalu telah pun sampai ke penghujungnya. Harry, D-Boy dan Kak Mary serta pesaingnya Maman dalam sitkom Harry Fotografi yang sentiasa menceriakan hari Sabtu dan Ahad anda pada jam 8.30 malam telah pun tamat ditayangkan dengan episod terakhir bertajuk “Sepuluh Ribu”.
Sejak ditayangkan, setiap episod mempunyai kisahnya yang tersendiri dan anda dapat melihat bagaimana Harry, D-Boy dan Kak Mary melayan kerenah pelanggannya yang sentiasa mempunyai permintaan yang pelik dan di luar kebiasaan. Anda juga dapat melihat sikap Harry yang lurus dalam mengurus perniagaannya tatkala ditipu seorang pelanggan yang sebenarnya penjenayah dalam kes pencurian kereta mewah. Tidak lupa juga, ada yang pasti tidak kering gusi melihat bagaimana Harry dapat melayan kerenah tunangnya yang tidak disukai oleh Kak Mary. Perangai Arissa yang seperti mengejar kebendaan dan suka membeli-belah membuatkan Kak Mary berasa jelik dan jemu melihatnya. Namun begitu gelagat mereka berdua yang sentiasa berbeza pendapat menggamatkan lagi suasana dalam sitkom ini.
Sekiranya anda terlepas menyaksikan Harry Fotografi, layari www.tonton.com.my untuk menonton episod-episod yang terdahulu. Pastinya anda akan terhibur melihat drama ini. Selamat menonton!
Cast:
Zul Yahya
Genre:
Comedy
total: 0 | displaying: 0