YEAY... YEAY... CUTI SEKOLAH Bersama Nick di 9!

Our Rating

  / 5


31/03/2011 12:24:39

11 Mac 2011, Petaling Jaya – Cuti sekolah kembali lagi! TV9 menjanjikan adik-adik semua pelbagai hidangan rancangan menarik seperti Chalkzone – The Big Blowout, The Fairly OddParents –Wishology Series, Danny Phantom: The Ultimate Enemy dan Jimmy Neutron: Attack of the Twonkies. Menarik bukan? Back-To-Back Nick Movie Marathon pula membawakan Danny Phantom - Phantom Planet, Jimmy Neutron – Win dan Loose & Kaboom. SpongeBob: WhoBob WhatPants pula akan membuatkan adik-adik semua tidak kering gusi dengan gelagat karakter-karakter comel yang hidup di dalam lautan. Bermula 14 Mac hingga 20 Mac, Nick bersama TV9 telah menyiarkan kartun-kartun yang menyeronokkan penuh dengan pelbagai pengembaraan yang hebat dan mencabar.
Siri kartun tebaru di TV9, Chalkzone : The Big Blowout telah menemui adik-adik pada 14 Mac jam 4 petang di mana adik-adik dapat mengenali Ruby Tabotie, seorang kanak-kanak biasa namun dengan sebatang kapur ajaib, dia boleh memasuki ke dunia fantasi Chalkzone. Dalam dunia tersebut segala benda yang terconteng dan terpadam akan muncul sebagai benda hidup.
Epik pengembaraan dalam The Fairly OddParents – Wishology Series pula telah menemui adik-adik dengan kehandalan Timmy mengalahkan kekuatan kuasa jahat. Timmy telah mengembara ke The Darkness iaitu sebuah lubang hitam berputar yang mengancam untuk menyerap semua cahaya dan keajaiban seluruh alam semesta. Timmy hanya perlu melambatkan niat jahat The Darkness dan perlu mencari tongkat untuk mengalahkan kuasa jahat itu. Malangnya, Timmy dapat merasai yang dia akan tewas dan memerlukan bantuan teman-temannya.
Dalam Danny Phantom: The Ultimate Enemy pula, Danny berusaha untuk menipu dalam satu ujian yang dapat meramal karier seseorang. Ujian tersebut mendedahkan Danny akan menjadikan hantu yang paling jahat di planet ini apabila umurnya menjangkau 24 tahun. Semua aksi hebat Danny telah adik-adik saksikan pada 18 Mac (Jumaat) jam 4 petang. Selepas Danny Phantom, tiba pula masa untuk menonton Jimmy Neutron: Attack of the Twonkies di mana Jimmy kembali ke rumah menemukan satu makhluk asing comel yang telah tersisir jauh dari kapal angkasanya. Semua orang mula menyukai Twonkies walaupun Jimmy cuba memberi amaran tentang bahayanya memiliki mahkluk asing sebagai binatang peliharaan. Tidak diduga Twonkies telah mengancam untuk mengambil alih Retroville!
Istimewa juga pada musim cuti sekolah yang lalu adalah adik-adik dapat melekat selama 3 jam di kaca TV untuk menonton Back-to-Back Nick Movie Maraton dengan tiga siri kartun aksi dan melucukan. Bermula jam 2.30 petang, Danny Phantom - Phantom Planet membawa adik-adik mengembara sebuah asteroid dari Ectoranium yang mengancam Bumi. Danny hanya bergantung pada bantuan hantu-hantu dalam Ghost Zone! Selepas itu pada jam 3.30 petang pula, adik-adik dapat saksikan Jimmy Neutron - Win, Loose & Kaboom di mana Jimmy dan rakan-rakannya dibawa ke angkasa apabila berjaya membaca mesej yang menjemput mereka ke intergalaksi Showdown. Pasukan Bumi harus belajar untuk bekerjasama memastikan menang mereka tidak kehilangan planet bumi! Mengembara lagi bersama SpongeBob WhoBob WhatPants dan bergelak tawa dengan aksi dan keletah spongebob pada jam 4.30 petang. Spongebob ingin menghabiskan masa bersama teman-temannya malangnya apabila semua orang mula melihatnya sebagai seseorang yang berperangai pelik, dia berkemas dan merancang untuk meninggalkan Bikini Bottom selamanya.
Sepanjang cuti sekolah yang lalu, TV9 telah menghidangkan siri kartun-kartun yang penuh aksi dan hidangan rancangan ini telah membuatkan adik-adik tidak sabar menunggu di hadapan televisyen! Semuanya pada 14 Mac hingga 20 Mac, dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang hanya di TV9. Yeay... Yeay... cuti sekolah bersama Nick Di 9!

Show info:

Back
 

Related Topics

  • Referee Ahmad Kayu Ep 9

    Read more...
  • Kaki Emas Ep 9

    Read more...
  • Tampil Anggun Bersama Safiyya!

    Kepada remaja perempuan yang ingin kelihatan anggun dan menukar ketrampilan diri mengikut peredaran masa, Safiyya adalah program yang paling sesuai.

    Read more...
  • Skrin 9 Bersinar Januari Ini

    Dalam mengorak langkah ke tahun 2012, TV9 turut menghidangkan pelbagai telefilem yang pasti akan memberi impak kepada sesiapa sahaja yang

    Read more...
 
0 Comments posted

    total: 0 | displaying: 0

You must be a registered user to comment on articles, and you can do so here : Register